Minggu lepas merupakan minggu yang sibuk bagi semua orang. PM dan TPM pasti sibuk dengan pencaturan politik negara. Tambahan pula dengan keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Pastinya ia memberikan tekanan yang maksima. Begitu juga kepada pemimpin DAP, PKR dan PAS. Semuanya sibuk dan tertekan, terutama apa yang berlaku kepada negeri kelahiran ku, iaitu negeri Perak Darul Ridzuan. Disebalik kerisauan, kami sekeluarga di sini percaya dan yakin bahawa kemelut yang melanda negeri Perak akan selesai dengan kebijaksanaan DYMM Sultan Perak dan Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin.
Bagi kami sekeluarga di sini juga sangat sibuk pada mingu lalu. Pada hari Jumaat, saya membawa Deb, Imran dan Ain ke After Hours Medical Centre.Semuanya Demam (tetapi bukan Demam Pilihanraya). Alhamdulillah kini semuanya telah sihat. Kos perubatan di sini sungguh mahal. Untuk ’consultation’, Deb (NZ$ 75.00=RM 190), Imran (NZ$ 25.00 = RM 65.00) dan Ain di beri percuma. Itu belum termasuk kos ubat-ubatan lagi. Rasanya semua kos tersebut boleh dituntut dari syarikat insuran.
Sebelum itu, pada hari Isnin saya membawa Najmi ke berjumpa Family Dr. (Dr. Razia). Ia berkaitan dengan telinga Najmi yang mempunyai wax yang banyak. Selepas hampir sebulan menggunakan cerumol, Ianya tidak berjaya mengeluarkan wax tersebut. Dr. Khalid me’refer’ Najmi ke Wellington Hospital disebabkan tiada peralatan untuk mengeluarkannya. Selepas menunggu hampir 3 jam akhirnya kami dimaklumkan supaya berjumpa dengan pakar ENT pada hari Rabu. Alangkah geramnya. Perkhidmatan Hospital di Malaysia jauh lebih baik dari di New Zealand.
Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk membawa Najmi ke Boulcott Hospital (Hospital Swasta). Selepas mendaftarkannya pada hari Selasa, dan pihak Hospital menerima reference letter dari Dr. Razia, pihak Boulcott Hospital setuju dengan temujanji pada hari Rabu. Pakar ENT iaitu Dr. Graham Titchener memberikan perkhidmatan yang sangat baik. Caj yang dikenakan juga berpatutan iaitu NZ$ 120. Saya membayarnya dengan gembira apabila melihat Najmi gembira dengan pendengarannya.
salam...sana guna studentsafe insurance tak? it's medical and travel insurance for international students studying in new zealand. kami kat auckland uni guna insurance tu....and mmg cepat dapat balik claim. hospital sini memang mahal.....mya daughter dok kat ward 3 jam, kena charge NZD300++ and naik ambulan kena NZD 60++. tapi alhamdulillah, dapat claim cepat.
ReplyDeleteLagi satu, policy terbaru studentsafe insurance ni ialah hospital akan claim sendiri dari insurance company. so, since tahun ni....semua consultation dan ubat (except for certain ubat) tak payah bayar...sbb invoice tu, hospital yg claim dr insurance company bukan kita lagi.
And lagi satu, if anyone of you ada working visa....kalu tak silap, that person and the family are eligible for free medical service.
Akmalia,
ReplyDeleteSaya rasa sama insuran tu. Cuma polisi terbaru tu saya baru maklum sahaja. Ada tak sebarang Insuran company keluarkan sebarang Insurance Card?.
Akmalia boleh email saya tak kat khairul5737@yahoo.com.
Thank you very much for the info