Tuesday, March 18, 2008

Berita: Nik, Fatma & New Baby

Alhamdulillah, Nik dan Fatma telah selamat menerima kelahiran cahaya mata pertama di Wellington Hospital. Tahniah mereka mendapat anak lelaki. InsyaAllah Fatma akan keluar dari Wellington Hospital pada hari ini (rabu). Mereka akan pulang ke rumah mereka di 59B Pembroke Road, Northland.



Pasangan Bahagia

Pasangan Bahagia

Teringat kembali saat-saat manis menerima kelahiran Najmi, Ain dan Imran. Timbul perasaan syukur yang amat sangat kepada Allah swt. Saat menemani deb ketika dalam ’kesakitan’ sebelum bersalin membuatkan saya insaf tentang pengorbanan ibu kepada anaknya. Saya juga lebih sayangkan deb selepas melihatnya menahan sakit lebih 5 jam sebelum bersalinkan Najmi (masuk hospital 2 pg .. bersalin pukul 9.00 pagi). Namun saya tidak ada di sisinya pada saat deb bersalinkan Najmi. Yang kelakarnya ialah, apabila deb melahirkan Ain, saya berada di sininya. Saya demam selama satu minggu selepas itu. Terpaksalah Deb dan Mak mertua saya menjaga saya pula.



Tahniah atas Kelahiran orang Baru

Tak boleh jalan berdua lagi... kena bawa botol susu selalu

Berbalik kepada Fatma and Nik, InsyaAllah kami akan melawat mereka di rumah mereka. Kami doakan agar mereka sekeluarga sihat dan bahagia sentiasa. Kami mengenali Fatma dan Nik melalui friendster. Ketika itu (sebelum berlepas), kami sedang tercangak-cangak mencari contact di Wellington. Kami meng’email’ lebih 10 orang pelajar dan pegawai MSD di Hicom. Fatma dan Nik dengan pantas menghulurkan tangan memberikan bantuan. Terima kasih Nik & Fatma. Selain mereka, 4 orang pelajar undergrad juga menghulurkan tangan mereka. Kepada yang tidak sudi membantu, tidak mengapa. Kami sekeluarga faham anda sibuk dengan pelajaran dan tugas-tugas rasmi anda.

No comments:

Post a Comment