Wednesday, February 27, 2008

Tembikai vs. Epal

Teringat kembali saat-saat waktu baru tiba di Wellington. Semasa membeli belah di sebuah ‘Supermarket’, Najmi ternampak buah tembikai dan meminta saya membelikannya. Saya terkejut melihat harganya NZ4.00 sekilo (lebih kurang RM11.00 sekilo). Harga 1 biji lebih kurang NZ$14.00 (=RM37.00). Saya memujuknya agar membeli buah epal. Najmi bersetuju.



Riverbank Market

Selepas beberapa hari, dia meminta saya kembali buah tembikai.Saya tidak sampai hati untuk memujuknya lagi. Bukannya dia tidak pernah makan buah tembikai di Malaysia. Bukankah di Malaysia harganya sangat murah. Makanlah buah epel atau anggur di sini. Hati bapa mana yang tidak cair bila anaknya meminta. Akhirnya saya saya membelikannya juga untuk nya.



Riverbank Market

Harga buah-buahan dan sayur-sayuran di sini bagaikan pasaran saham. Sekejap melambung, sekejap pula turun mendadak. Saya sering ke Riverbank Market setiap pagi Sabtu iaitu selepas pulang dari kerja. Ianya seakan-akan Pasar Tani di Malaysia. Cuma di sini peniaganya membawa lori-lori yang besar. Peniaga-peniaga adalah petani Cina yang berasal dari Tanah Besar Cina. Mereka mempunyai ladang di Levin dan Otaki. Harganya lebih murah dari Supermarket.



Riverbank

Sayur yang paling mahal di New Zealand ialah kacang buncis. Harganya pernah mencapai NZ$14.00 sekilo (RM 37.00). Kini harganya telah turun ke NZ$ 8.00 sekilo sahaja. Bagi harga ikan, Ikan termurah Mackeral beharga NZ$ 3.50 sekilo, sementara Ikan Snapper beharga NZ$ 16.00 sekilo. Saya pernah membeli seekor Ikan Snapper beharga NZ$35.00 (RM 91.00). Semuanya untuk anak-anak tersayang. Berbalik kepada harga tembikai kini harganya ialah NZ$0.80 sahaja sekilo.

7 comments:

  1. wah boleh pulak macam pasaran saham...
    indeks berubah-rubah...

    ReplyDelete
  2. Khairul,

    Ada request drp. dean minta you tolong survey budget untuk living costs pelajar degree (single) kat NZ. Actually ada 2 scholarships from NZ government utk pelajar diploma perakaunan UiTM (final year) but it covers tution fees only. Hope you can email me ASAP at (intansm@hotmail.com). Actually I am the liason officer for Internationalization. TQ.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..

    Wahh en..mahalnya harga ikan Snapper tu...:)

    emm..kesian najmi..rezeki dia..dapat juga makan tembikai..:)

    ReplyDelete
  4. Payat,
    Memang begitulah pasaran di sini. Harga minyak petrol pun begitu. Ada naik ada turun.

    Intan,
    Done

    Huda,
    Ada lagi ikan yang mahal seperti Tarakihi, Gropper dan banyak lagi.. jadi kami kat sini banyak makan ayam, kambing dan lembu sahaja.

    ReplyDelete
  5. abe khairul,
    waaa ala ala KLSE gak pasaran sayur ngan buah kat NZ
    takde ke barang barang constant mahalnye..boleh jugak dieksport dari malaysia..hehehe

    ReplyDelete
  6. Din,
    Barang yang mahal kat sini
    1) Alat tulis
    2) Barang plastik
    3) Cermin Mata
    4) Handphone
    5) Toys

    yang tu semua Din boleh eksport ke sini

    ReplyDelete
  7. dapatkan aplikasi perakaunan dan perniagaan di www.mybiztrack.com...amat mudah digunakan...lengkap dari merekod jual beli transaksi hingga ke penyata kewangan.

    ReplyDelete