Semalam (10 Februari 2008), kami membawa anak-anak ke Kilbirnie Islamic Centre. bagi mendaftarkan Najmi dan Ain untuk kelas Agama di sini. Mereka akan belajar membaca Al-Quran dan Asas-Asas Islam setiap hari Ahad di sini. Minggu depan Najmi dan Ain akan menduduki competency test (Penilaian Tahap Kecekapan – PTK), sebelum ditempatkan ke kelas yang bersesuaian. Yang paling menarik sekali ialah, ibu-bapa diminta untuk berada bersama-sama supaya dapat membantu menunjuk ajar di rumah setiap hari pula. Alhamdulillah, saya mendapat peluang membuat ’revision’ bersama-sama Najmi.
Di rumah, saya mengajarkan Najmi belajar Qiraati setiap hari. Saya bukannya pandai sangat. Tetapi apabila sudah menjadi seorang bapa, tanggungjawab mendidik anak ini menjadikan kita lebih berusaha untuk mendalami hal-hal agama. Saya sentiasa berdoa agar mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah dan sentiasa mendoakan kami apabila kami telah tiada nanti.
Najmi,
ReplyDeleteNxt week waktu test kelas Fardhu Ain duduk sebelah menyebelah ye...mama (Balkish) cakap tiru jangan tapi jeling boleh jer...tapi kalau ustaz tanya doa makan jgn risau I boleh lead..tapi doa2 lain tu I Aminkan you baca amacam..
Ni Sofea ke mama sofea...haha
ReplyDeleteKalau sofea mesti cakap cam ni..
Nanti kita kat sebelah ya...eh...eh.. awak kat sebelah kita, awak baca, kita baca...kita baca, awak baca...sama-samalaa.. kita..kitakan, pandai baca doa makan..(baca ngan maximum speed)
:)
Balkish.....
ReplyDeleteAku xmenyempat2 lagi nak masuk & baca blog ko hehe. Nanti aku revise balik chapter yg tertinggal lama2 tu ya hehe.
BTW, hari tu ada budak terserempak dgn Kitty. kesian dia dh keseekoran hehe. katanya dh dimasukkan ke rumah anak2 yatim alfalah.
Anyway, apa khabar encik Adam?!! Dia dh bleh wat apa dh skrg?
Khairul,
ReplyDeleteDah dapat surat tawaran biasiswa? Semalam Prof Kamil umumkan calon-calon yang berjaya dapat biasiswa termasuk Khairul.
En. Halim
ReplyDeleteAlhamdulillah. Surat belum dapat lagi. Terima kasih atas maklumat tersebut. En. Halim bagaimana? Dapatkan.
KA,
ReplyDeleteWah..... bila balik nanti KA dapat dua title.. Dr ngan Ustaz.
Molek gitu :)
Interestingly, even for accountants :)))))
ReplyDelete