Sunday, February 17, 2008

AnugerahNya

Pada hari Jumaat lepas, Deb(=Wan Adibah=Mama=Kak Chik) menerima surat gembira dari UiTM. Permohonan kenaikan pangkat deb telah berjaya. Kami sekeluarga bersyukur kepada Allah swt atas AnugerahNya. Terima kasih kepada Ibu-bapa & keluarga, Guru-guru, Para Pensyarah, rakan-rakan, Staf non-akademik dan insan-insan lain yang sentiasa memberi dorongan dan galakan. Setinggi terima kasih kepada Prof. Dr. Ibrahim Kamal (Dekan) , Prof. Dr. Normah, Prof. Dr. Muhd Kamil dan kepada bekas-bekas Pengarah UiTM Johor (Prof. Dr. Sahar, Prof. Prof. Madya Dr. Hashim atas Prof. Madya Dr. Omar) atas sokongan yang telah diberikan selama ini.



Makkah

Bersyukur dan Berdoalah kepada Nya


Kami mendapat khabar (tidak rasmi) berita gembira ini sejak 2 minggu yang lalu. Hampir terlupa terima kasih juga kepada kesemua bibik(=pembantu rumah) kami yang telah membantu menjalankan tugas rumah dengan baik dan amanah. Kepada bibik Mei Nurlia, bibik Yuliana dan bibik kesayangan kami = bibik Tursiyah dengan ucapan "Bapak & ibu, ucapkan Terima Kasih". We really miss them very(7X) much.



Di sebalik kegembiraan itu, Ada seorang insan yang menangis, kecewa, sedih dan berdukacita. Bersabarlah !!! bersabarlah !!! bersabarlah !!!. Bukankah rezeki itu datang dari Allah swt. Allah lah yang memberikan rezeki kepada semua makhluknya dan Ia tidak lupa kepada setiap makhluk Nya walaupun ia seekor semut kecil yang hitam, berada di bawah batu yang hitam di malam yang kelam. Berdoalah kepada Nya. "Ya Allah Ya Tuhan ku, Engkaulah yang kami Sembah dan kepada Engkau jua kami memohon pertolongan". InsyaAllah, Allah akan memberikannya rezeki yang lain. Bersabarlah !!!.

14 comments:

  1. Khairul,
    Janganlah menangis. Mungkin dalam 'exercise' yang akan datang giliran kita pula akan berjaya.

    ReplyDelete
  2. Sabarlah. Allah mempunyai perancangan yg lebih baik. Rahmatnya dtg dlm pelbagai bentuk, yg kita sedar & tidak.

    ReplyDelete
  3. knp en ngs? x paham..hehe..

    ReplyDelete
  4. mungkinkah tangisan itu bakal menjadi tangisan kegembiraan kelak?hmm.. insyaAllah.

    ReplyDelete
  5. Congrats Deb. Khairul .... terlebih layak utk DM52 agaknya... mungkin nama dah termasuk DM54.....

    ReplyDelete
  6. selepas hujan akan ada hari yang panas juga...everything happens for reasons...

    ReplyDelete
  7. My Friends (Halim, Bahrin, Iqwa, Rehan, Intan, Fazli)

    Saya alhamdulillah ok. Menerima segala ketentuanNYA. Thank you very much for the support and advice.

    ReplyDelete
  8. Bill Gates-success is a lousy teacher, it makes people think they can't lose...

    ReplyDelete
  9. KA... saya pung nak nangis jugeekk

    ReplyDelete
  10. Nak nangis boleh Khairul..tapi jgn lama2 ..coz ada banyak surprise yg sentiasa menanti kita kat depan tu...he..he

    ReplyDelete
  11. Lupa pulak nak ucap TAHNIAH kat Deb...

    ReplyDelete
  12. Tahniah K.Chik! Semoga abe khairul and K.chik sekeluarga murah rezeki sentiasa..amin..

    ReplyDelete
  13. [...] Ku sangkakan hujan sampai ke petang, rupa-rupanya Cerah ditengah hari. Alhamdulillah, Allah memakbulkan doa hambaNya. Deb menerima AnugerahNya dua bulan yang lepas. Walaupun saya sedih dalam gembira, namun tiba-tiba Allah swt menganugerahkan peluang untuk melanjutkan pengajian kepada saya - Anugerah(2). Dan semalam, tanpa disangka-sangka saya menerima satu lagi anugerah kenaikan ke gred perkhidmatan yang baru. [...]

    ReplyDelete