Cuti Summer sudah di penghujungnya. Ain dan Imran sudah masuk dua minggu ke kindergarten. Imran sekarang merengek-rengek minta ditemankan di kindergarten. Sepanjang tempoh hampir dua bulan lepas semuanya berjalan lancar. Imran tidak perlu ditemankan. Ia boleh berada di kindergarten sendirian tanpa ditemani. Mungkin sudah lama sangat bercuti di rumah..
Ain menunggang Kuda
Sebenarnya pergi ke kinergarten di sini sangat menarik. Mengimbas kembali aktiviti pada tahun lepas (tak dimasukkan di dalam blog) ialah lawatan McDonald Farm ke kindergarten. Pelbagai binatang dibawa dan diperkenalkan kepada kanak-kanak. Selain itu, sambutan Christmas dan party 'Year End' amat menarik. Terdapat perlbagai persembahan. Antara yang paling menarik ialah persembahan dari kanak-kanak di 'Sand Pit' dan Zappo The Magician.
Imran bersama Alpacca(From South America)
Najmi pula akan memulakan persekolahannya pada hari khamis ini. Ia akan terus lompat ke Year 2/3. Dia tak perlu mengikuti kelas Year 2. Pada hujung tahun lepas kami menerima laporan ujian dari TESOL teacher. Kemahiran Najmi untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris adalah amat baik. Dia selalu berkongsi idea dengan kelas. Namun begitu untuk kemahiran 'writing' dan 'reading', ia kurang memuaskan dan tidak setara dengan kemahiran berkomunikasi. Najmi perlukan banyak latihan. Oleh itu, Najmi akan mengikuti kelas tambahan (2 jam setiap minggu) untuk 'writing' dan 'reading'. Pihak sekolah sudah memohon budget untuk kelas tambahan tersebut. Kami tidak perlu membayar sebarang yuran untuk kelas tersebut. Alhamdulillah
Persembahan dari Zappo The Magician
bestnye sekolah 'tadika' kat sane...
ReplyDeletekalau la kat msia ade camtu...
Wah... lepas ni, si Najmi kalau tengah marah ngan adik beradik dia pung mesti speaking omputih ni...
ReplyDeleteWah, bestnya kindy kat sana.. suka tengok gambar Ain & Imran dgn animals.. Last week, Abg Hamdi soh Cik Na gi study kat New Zealand jugak, dia nak jumpa Najmi.. dah rindu kat Najmi la tue.. Najmi dah terror speaking la.. Chinese New Year nie sume balik KB, nanti boleh conference beramai2 ya.. take care!
ReplyDeleteSyahrul,
ReplyDeleteNajmi masih lagi cakap 'rojak' ngan Ain & Imran. Ha ha..
Make sure semua org bawak laptop masing-masing...haha..
ReplyDeleteKak Na,
ReplyDeleteOk, no problem....
Best nyer semua orang balik... huwaaa..
Kak Chik.
Assalammualaikum Kak Deb. Saya satu BTN dengan Kak Deb dulu. Insya Allah, 10hb ni akan ke Wellington. Harap-harap Kak Deb dapat reply komen ni sebelum tarikh tu.
ReplyDeleteNak tumpang tanya, kalau bawak barang lebih dari 20 kg dr Auckland ke Wellington, memang kena caj ke? Kalau kena, berapa ya bayaran dia per kilo?
Kalau perencah-perencah yang ada santan tu dan Milo 3 in 1 lepas tak? Maybe Kak Deb boleh bagi tips makanan apa yg patut bawa.
Cuaca sekarang dah tak sejuk sangat yer? tengok dalam gambar tu, ada yg pakai short sleeves jer.
terima kasih. Nanti jumpa di sana ya! :)
Zaza,
ReplyDeleteKalau bawak lebih 20kg, kena charge kat Auckland airport, eventhough kat KLIA lepas. Tapi, Kak Deb tak sure berapa charge dia, sebab Kak Deb tak bawak lebih limit.
Food semua boleh bawa except for dairy products: Susu, Milo 3 in 1 mungkin tak lepas (tapi ada juga yang lepas), Nestum tak boleh, rendang daging yang dah siap tak boleh tapi kalau spices boleh, serunding tak boleh, kalau beli Brahims boleh, coz takde meat dlm nyer.
Kak Deb bawak jugak Brahims cause the first few weeks sibuk nak cari rumah and settle down, tak cukup masa nak masak properly. So, memang senang. Tapi, kalau bawak banyak cam rugi sebab Brahims tu berat. Kalau nak bawak maggi nyer perencah tu pun ok, sebab kat sini takde. Ikan bilis amat bagus... coz kat sini takde langsung yang boleh dimakan (yang ada disini terlampau keras dan tak boleh dikunyah langsung...haha). Cili kering and curry spices ada disini (rempah kurma takde). Kak Deb bawa juga keropok ikan coz anak Kak Deb suka. Apa lagi ya...emmm, kalau Zaza bawa food, Zaza declare jer semua (dlm flight nanti akan dapat declaration form). Sebab kalau tak declare, and item tu tak lepas, nanti kena fine. Kalau declare
dan tak lepas, diorang just ambil jer brg tu. One more thing, Kalau Zaza bawak food, tak yah selit- selitkan kat baju, coz nanti masa biosecurity check lambat coz dia akan selak-selak semua satu beg. Kalau bawak dua beg, food masuk satu beg, and baju kat beg lain (ini petua kawan Kak Deb... thanks to her... :)). Mesti Zaza tengah sibuk packing now ni, kan...
Zaza, now ni masih summer maybe sampai end of March (as in news), but... minggu ni macam dah start sejuk balik... maybe dah end of summer (siang masih panas, tapi malam sejuk sesangat).
Zaza datang sorang or ngan family? Zaza dah ada accommodation ker? If u need any help, just email Kak Deb at khairul5737@yahoo.com and give me your phone number. Nanti Kak Deb boleh call, ok.
Bye.. See you soon.
Kak Deb.
Salam Kak Deb.
ReplyDeleteTerima kasih atas reply. Pagi ni dah dua kali unpack dan re-pack, last2 zaza ingat bawak jer la semua. Huhu
Zaza datang sorang. Nak sambung MA setahun ja tapi barang mengalahkan orang nak buat phd. :)
Accommodation dah ada. Zaza duduk dekat AC International House dekat Ghuznee Street. Dah minta Vic team ambik kat airport. Orientasi start 13 hb so 12hb tu maybe nak shopping cari apa2 barang yang tak cukup. Kalau zz ' blur' sket nak gi mana, nanti zaza email kak deb ya. (YM ada ?)
Err.. Kak Deb guna talian sana ke Malaysia punya? Zaza ingat tak nak bawak no Malaysia sebab staff Maxis kata kalau masuk voice mail pun dia akan caj. Hmmm..
email zaza : imzara@yahoo.com
Terima kasih sekali lagi Kak Deb. Lega Kak Deb reply comment ni... juga teriuma kasih atas pelawaan Kak Deb tu. Tak lah susah hati sangat nak gi sana sorang-sorang. :)