Tuesday, February 19, 2008

Silly Hat Day


Imran with Donna

Epuni Kindergarten mengadakan 'Silly Hat Day' sempena Summer ini. Semua kanak-kanak diminta menghias dan memakai topi tersebut pada hari itu. Acara ni kecil sahaja sebenarnya, cuma menarik melihat pelbagai topi kanak-kanak. Sempena Musim Panas ini, Epuni Kindergarten mengenakan 3 langkah keselamatan (1) Semua kanak-kanak mesti memakai topi; (2) mesti menggunakan 'Sun Block'; (3) Memakai kasut.




Ain with Erica

'Sun block' amat penting di sini bagi mengelakkan kanser kulit. New Zealand adalah antara negara yang paling ramai kanser kulit. Jadi setiap kali keluar rumah antara pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang mesti memakai 'protection'. Yang menariknya di Wellington tiada orang menggunakan payung. Ini disebabkan angin yang sentiasa bertiup - kadang-kadang kencang. Selain itu jangan terkejut bila melihat omputih di sini kadang-kadang 'berkaki-ayam' sahaja termasuk bila berjalan di pusat membeli belah. Tak sampai nak tanya mereka kenapa ?




Kami belikan topi dan peralatan menghias di Kedai $2.00 (Macam kedai Rm 2.00 kat Malaysia). Ain dan Imran menghias topi tersebut dengan di bantu oleh deb. Saya tak dapat campur, sebab tidak kreatif. Apabila siap, Imran dan Ain tak sabar untuk ke 'kindergarten' pada keesokan harinya.

5 comments:

  1. Cutenya topi2 tuh... dah bukan Silly Hat Day dah , jadi Creative Hat Day! Hehehe

    ReplyDelete
  2. Zaza,
    Banyak shopping? Kat Lower Hutt ni ada the biggest shopping mall in Wellington... 'Queensgate'... bila nak mai sini?


    :)
    Kak Deb

    ReplyDelete
  3. Kak Deb, tak leh shopping dah. Kelas nak mula isnin ni.
    tapi teruja dengar sebab kat town takde shopping mall yang besar. :)

    Kak Deb selalunya free bila eh?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..

    Wahh..hepinya Imran dan Ain dapat topi yang cantik dan comei hehehe..

    ReplyDelete