Monday, February 25, 2008

BBQ di Kaitoke

Sabtu baru ini, kami sekeluarga menyertai beberapa Family Phd Accounting dari Victoria University of Wellington ber BBQ di Kaitoke Regional Park. Kaitoke terletak 45 km dari Wellington. Najmi, Imran dan Ain begitu ‘excited’ bilamana di beritahu bahawa kita akan pergi berkelah. Apabila tiba di sana, kelihatan ramai pelawat berkhemah. Kemudahan asas seperti tapak perkhemahan dan kemudahan BBQ memang sudah tersedia.




Imran



Najmi and his new skill

Sebaik sahaja tiba, seorang sahabat, Richard mengeluarkan satu set BBQ stove yang dibelikan untuk kami. Jadi, kami tiada masalah memasak makanan yang disediakan sendiri dari rumah. Kami sungguh gembira kerana Family lain (bukan muslim) menghormati kepercayaan kami sebagai muslim. Mereka turut membeli ayam berjenama "Turk' yang di sahkan halal untuk mereka.Kami bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan yang memahami.




Like Father Like Son

Najmi, Imran dan Ain sungguh gembira bermain di sini. Saya rasa Najmi lah paling gembira hari ini. (saya hadiah Cricket Bat untuknya sebelum bertolak ke Kaitoke). Sesekali mereka datang untuk minum dan memakan sosej. (Sekejap ada sekejap tiada). Selepas puas bermain, saya mengajak Najmi membakar ayam, kambing, daging dan sosej. Selepas diberikan sedikit ’briefing’, Najmi mengambil alih urusan memasak BBQ dengan gembiranya.




Sapa pulak budak-budak pompuan ni.. (buat-buat nak tolong...)



Sejukk...

Selepas habis memasak semua makanan, Najmi, Ain, Imran dan kawan-kawan pergi mandi manda di sungai berdekatan (Upper Hutt River). Mereka mandi sepuas-puasnya. Mana tidaknya peluang untuk mandi di sungai bukannya sentiasa ada. Tidak seperti zaman kecil saya, boleh mandi di Sungai setiap hari.




We should come again next time, Papa

2 comments:

  1. ish..sgt mnarik! en k! sy n adra tgh kumpul duit nk dtg NZ.. nnt kan kedatangan kami..!! heehhe..

    tp ..en k kene bagi tumpang tempat tido la..save skit. hOho..

    ReplyDelete
  2. Iqwa & Adra

    No Problem, Puan Wan kata Datang je sini. accomodation + food free.. :) Dia dah rindu kat you all.

    ReplyDelete