Tuesday, February 26, 2008

Anugerah (2)

Saya menerima surat tawaran Biasiswa Spouse Programme. Alhamdulillah. Saya bersyukur kepada Allah swt atas Anugerah Nya. Di sini saya ucapkan ribuan terima kasih kepada  kepada Prof. Dr. Mustaffa Mohamed Zin, Prof. Dr. Ibrahim Kamal, Prof Dr. Normah, Prof Dr. Muhd Kamil atas sokongan dan galakan yang diberikan.


Tiada kata yang dapat diucapkan untuk membalas jasa emak dan abah yang sentiasa memberikan sokongan dan motivasi kepada saya untuk melanjutkan pengajian dan seterusnya mencapai cita-cita. Mereka sentiasa memberikan sokongan dan sentiasa ada bersama saya di saat-saat getir dalam kehidupan. Malah, mak dan abah telah mengeluarkan simpanan mereka dan menghantarnya kepada saya di New Zealand supaya saya dapat melanjutkan pengajian bersama sama dengan deb.


Kepada adik-beradik saya, terutamanya kepada Along dan Izatul dan Shafinah (kesemua mereka telah bekerja). Terima kasih kerana memberikan ’financial guarantee’ untuk membantu saya membiayai kos penghidupan di sini sekiranya permohonan dan rayuan untuk mendapatkan cuti bergaji penuh tidak diluluskan. Kepada, Along, terima kasih kerana sentiasa bertanyakan samada saya memerlukan wang atau pun tidak. Along sentiasa menawarkan wang simpanannya untuk saya setiap kali berbual di telefon. Ini membuatkan saya terharu mengenangkan tiada hari yang dilalui di zaman kecil+remaja kami tanpa pergaduhan. (saya sememangnya sangat nakal satu ketika dahulu).


Untuk Isteri tersayang, terima kasih atas sokongan dan pengorbanan yang telah diberikan. Sokongannya sentiasa membuatkan saya tidak putus asa dan bersemangat dalam meneruskan pengajian.


InsyaAllah, saya akan memulakan pengajian tidak lama lagi di Victoria University of Wellington sebaik sahaja segala ’documentation’ telah lengkap. Doakan kejayaan kami berdua. InsyaAllah kami akan berusaha bersungguh-sungguh seterusnya pulang dengan kejayaan bagi mendidik anak bangsa.

20 comments:

  1. Tahniah En. K and Kak Deb,

    Nampaknya dalam masa beberapa tahun lagi akan ada 5 phd la...(+ junior dr.).

    Tahniah moga terus berjaya!

    ReplyDelete
  2. Khairul,
    Terharu saya bila baca cerita tentang pengorbanan mereka (emak, ayah dan adik beradik dan isteri). Semoga pengorbanan mereka tidak sia-sia. Bulan Mac tinggal beberapa hari lagi. Selamat meneruskan perjuangan.

    ReplyDelete
  3. Tahniah KA & Deb..
    Alhamdulillah, semoga tuhan memudahkan urusan kau anak-beranak kat sana.. Aku dah agak dah mesti kau dpt jugak punye. Semoga berjaya dapat PHd.

    ReplyDelete
  4. Tahniah KA..

    Murah rezeki nampaknya. Anugerah yang ke 3 bila? Imran nak jadi abang tu!!!

    ReplyDelete
  5. tahniah khairul from both of us..

    ReplyDelete
  6. sorry,technical error...
    tahniah from mr and mrs mulan...

    ReplyDelete
  7. tahniah untuk en k n wife...
    restu daripada parents+siblings pun dah kuat, semoga Tuhan memudahkan perjalanan en k n wife...amin

    ReplyDelete
  8. Kepada Sahabatku

    Bahrin, Nurzea, Halim, Syahrul, Mulan (intan),
    Terima kasih dan semoga kalian juga berjaya dalam pengajian.

    Kepada Iqwa dan fazli
    Belajar rajin-rajin

    The Rock= ??%^&*@*???

    ReplyDelete
  9. Tahniah En K.

    Restu ibu bapa dan keluarga memungkinkan segalanya.

    Pasti Kak Deb lebih semangat lepas ni untuk belajar. Hehhe

    ReplyDelete
  10. "The Rock= ??%^&*@*???"

    KA,
    I was the most eligible weekdays bachelor from Tg Malim. hehehe...

    ReplyDelete
  11. encik K,
    congrats!!
    selamat kembali menjadi student:)
    sure cumel family encik semua nya title STUDENT.
    hehehe;p

    ReplyDelete
  12. Congratulations K/A & Debb!!


    The Rock = Yamin kan????

    Muahahaha (cuba nak tiru gelak Yamin)

    ReplyDelete
  13. Marzuq

    Aku pun rasa macam tu jugak...
    Yamin was the most eligible weekdays bachelor from Tg Malim before moving to Puncak Alam
    Tapi kalau tak silap dia bukan Rock, Dia "Melayu Asli".
    Bukankah Yamin peminat no 1 Diana Naim dengan lagu "Penawar Rindu"
    Bila pulak dia Rock @$#^%$

    Kepada Yamin
    UiTM Segamat kehilangan mu...

    Kepada MArzuq
    dengar cerita Accounting Software Team bertambah maju dan hebat sekarang ni , Keep up the gooood job.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum

    En K..

    Tahniah...semoga akan terus maju...insyaAllah..pengorbanan daripada semua membuatkan En akan terus berusaha...saya doakan En dan puan wan akan berjaya..semoga En sekeluarga dirahmati Allah selalu..insyaAllah..

    En..doakan saya di sini juga ya,mudah2han dapat ikut jejak langkah En dan puan wan.. insyaAllah.. :)

    ReplyDelete
  15. Khairul,

    Rezeki biasanya akan datang bertimpa-timpa [juga] selagi hambanya bersyukur dan terus bersabar. Ujian dia datang dalam banyak cara. Ia terlampau kecil berbanding dengan nikmat yang telah dianugerahNya.

    InsyaAllah - nanti - bila kita melihat ke belakang, kita tahu bagaimana aturan Allah begitu sempurna sekali.

    Salam untuk Wan dan anak-anak.

    ReplyDelete
  16. Rehan, Rock=Yamin, Zaza, Huda, Prof MKI

    Terima kasih atas doa dan sokongan Semua


    Prof. MKI
    Terima kasih atas nasihat tersebut.

    ReplyDelete
  17. Tahniah abe khairul! Din doakan abe khairul n k.chik berjaya dengan jayanya!! Kim salam semua and take care!!

    ReplyDelete
  18. [...] Saya sangkakan hujan sampai ke petang, rupa-rupanya Cerah ditengah hari. Alhamdulillah, Allah memakbulkan doa hambaNya. Deb menerima AnugerahNya dua bulan yang lepas. Walaupun saya sedih dalam gembira, namun tiba-tiba Allah swt menganugerahkan peluang untuk melanjutkan pengajian kepada saya - Anugerah(2). Dan semalam, tanpa disangka-sangka saya menerima satu lagi anugerah, iaitu kenaikan ke gred perkhidmatan yang baru. [...]

    ReplyDelete