Selepas pulang dari kelas agama di Masjid Kilbirnie, kami membawa anak-anak ke Frank Kitt Park. Ianya terletak di tengah-tengah bandar Wellington. Kebetulan pada hari itu terdapat 'open day' untuk menaiki kapal Pacifica sempena 'Fundraising Wellington Free Ambulance Service". Kami sekeluarga mengambil peluang menaiki kapal ini.
Ain = Ustazah Ain
Ain, Imran dan Najmi begitu gembira mendaki anak-anak tangga kapal sehingga ke bahagian atas. Sekecil "Imran" berkata "Ngan Gang Imran=Jangan Pegang Imran". Selepas puas menikmati pemandangan dari atas kapal kami turun menaiki tangga. Pada masa ini terasa 'seriau' sedikit disebabkan tangga yang curam.
Selepas itu Najmi, Imran dan Ain mengambil peluang untuk melihat Helicopter New Zealand Air Force dan sempat bergambar dengan krewnya. Najmi, Imran, Ain + Sofea + Adam sempat mengambil gambar sambil memakai topi juruterbang. Semua kanak-kanak ini memang gembira mendapat peluang sedemikian. Tambahan pula staff New Zealand Air Force ini memang 'sporting'.
Sebelum pulang ke rumah, kami berehat sebentar di Taman Permainan. Najmi, Ain dan Imran bermain dan kemudiannya makan Aiskrim yang ditaja oleh Bro. Ali. Mahal tau !!, NZ$3.00 (RM7.50) satu. Terima kasih kepada Abg Ali. Kami sangat terkejut hari ini kerana Imran memanjat gelongsor yang paling tinggi sekali pada hari ini. Dia sebenarnya sudah besar tetapi disebabkan dia ialah anak bongsu kami jadi kami selalu ingat bahawa dia masih kecil.
Selepas penat kami pulang ke rumah. Najmi, Ain dan Imran senyum kegembiraan. Selepas makan malam, kesemuanya tidur kepenatan.
betulla kata org...jauh perjalanan luas pemandangan, banyak pengalaman
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteRindu pulak dengan keletah Imran.Teringat perangai selamba dia yang tak takut dengan orang walaupun baru jumpa. Najmi dengan muka sedihnya...Kak Ani perhatikan dalam gambar2 kat blog ni, dia nampak ok dengan persekitaran baru..Ain (ustazah Ain) simple dan manja..Fatihah akan baca dengan tekun blog Khairul kalau dia nampak gambar Najmi, ex Tadika Kemas UiTM Segamat...Salam buat Deb
Kak Ani,
ReplyDeleteImran masih lagi macam dulu. Charming and manja ngan sesapa jer. Imran's favourite word sekarang is 'Oh yeah'....(everytime menang ps2 mesti sebut 'oh yeah' ....ha..ha..)
PS: Teringat lemang Kak Ani yang best tu lah... mmmm... balik Malaysia nanti, nak datang raya rumah Kak Ani lagi...hehhe..
Deb.
EN k da sgt kurus.. jeles! jeles!
ReplyDeleteustazah ain comel. hahaha