Wednesday, January 30, 2008

Grandmaster in The Making

Bermain Chess ialah hobi Najmi sekarang ini. Boleh dikatakan dia akan bermain sekurang-kurangnya 1 game dengan saya setiap hari. Terima kasih kepada Cik Su yang mengajarnya. Sebulan sebelum berlepas ke Wellington, Najmi bercuti di rumah Opah. Di situlah dia belajar bermain chess dengan Cik Su (Firdaus).



Chess

Grandmaster in The Making


Saya mengajar Firdaus bermain Chess. Saya memperkenalkannya dengan basic openings dan end games. (Sebenarnya saya baru mempelajarinya dari sahabat bernama Halim-Christchurch). Dari situ Firdaus mendalami Chess melalui pembacaan dan kejohonan catur. Kini dia bermain mewakili sekolah, daerah dan negeri Perak.



 Chess

Najmi (Pemerhati)…Pertandingan Chess Sempena Aidil Fitri 2007


Sedikit sebanyak minat tersebut dikongsi oleh Najmi. Saya gembira dia mula mengusai permainan ini. Pada mulanya, saya sentiasa memberikan kemenangan kepadanya. Tetapi lama kemudian saya membelasahnya. Menitis juga air matanya menahan kesedihan disebabkan kekalahan itu. Lama kelamaan dia seakan-akan boleh menerima kekalahan. Namun saya sentiasa memberikannya kemenangan sekurang-kurangnya sekali sehari untuk tidak mematikan minatnya.

7 comments:

  1. Pandainya Najmi main chess..

    ReplyDelete
  2. Tahniah untuk Wan Adibah kerana mendapat kenaikan pangkat ke DM52. Perkara ini diumumkan oleh Pengarah kita, Prof Dr Kamil. Turut mendapat berita gembira ialah Norhayati Alias. Tahniah sekali lagi.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah
    Terima kasih, En Halim.

    Deb

    ReplyDelete
  4. Tahniah buat Deb.

    Apalagi... dah ada duit lebih nak tour NZ la ni.

    ReplyDelete
  5. Erm...satu sukan minda yang bagus...Org cina memang suka hntr anak mereka berlatih muzik,main chess,etc...Coz benda ni mengasah minda dan lagi susah daripada pelajran akademik...[saya dengar daripada motivator dalam ceramah motivasi kepada kami pemegang biasiswa TM].

    Masih ingat lagi ketika saya mewakili sekolah dulu, majoriti student yang mewakili sekolah masing2 adalah student cina...First match je dah lawan reign champion Segamat...Alconfirmla kalah...And final match lawan budak sekolah sendiri...Wakil DIA mase part 2 dapat no4...Match tu pagi,petangnye test FA2. Nasib baik test FA tu dapat result yg baik...

    Semoga anak En. K dan Puan Adibah dapat menajamkan pemikirannya dengan permainan chess nih...Amin..

    ReplyDelete
  6. Cik Na,
    'Thank you. But I still need more practice. Tapi, kalau kat Malaysia saya selalu kalahkan papa. Kat sini papa dah terer.'

    Najmi

    ReplyDelete
  7. puan wan, ape laghik..gaji dah naik..pos ole-ole la untuk kami di mesia nih;)

    ReplyDelete