Thursday, January 10, 2008

Kalender Hijrah

Tiada sebarang sambutan Maal-Hijrah di Wellington. Mungkin esok Khatib akan menyentuh berkaitan dengan Hijrah semasa Sembahyang Jumaat. Di Malaysia hari ini merupakan cuti umum. Masjid-masjid akan menganjurkan ceramah Maal Hijrah. Namun sebenarnya saya jarang-jarang (kata-kata dalam Filem P. Ramlee) pergi ke Ceramah tersebut. Sambutan Maal Hijrah adalah sekadar sambutan. Huh.. aku memang jahil dan alpa sungguh.



Maal Hijrah

Namun tinggal di sini, perasaannya berbeza. Mungkin kerana Islam adalah kumpulan minoriti di sini. Apakah azam di tahun baru ini (itulah biarlah rahsia). Saya mulakan dengan mencari kalender hijrah. Alhamdulillah jumpa di http://hijriah.jentayu.com . Saya letakkan di blog ini supaya saya sentiasa tahu tentang tarikh kalender hijrah. Selama ini terlampau taksub dengan Gregorian calender sahaja.



Maal Hijrah

Doa Awal Tahun


Tiba-tiba timbul satu persoalan, bilakah ’birthday’ saya dalam kalender hijrah. Kalau di Gregorian calender pada 20 Dec 1975, bilakah pula pada kalender hijrah. Saya jumpa jawapannya di website yang sama .Bagaimana dengan Deb, Najmi, Ain dan Imran. Semua persoalan tersebut akhirnya terjawap.



Khairul Anuar – Sabtu 16 Zulhijjah 1395


Wan Adibah – Ahad 3 Zulkaedah 1397


Khairul Najmi – Selasa 28 Rejab 1422


Ainul Mardhiah – Ahad 1 Syaban 1424


Khairul Imran – Sabtu 10 Syaban 1425


7 comments:

  1. Selamat Tahun Baru untuk Encik K sekeluarga...

    Mesti Encik K dah tahu tokoh maal hijriah tahun ni untuk SeMalaysia ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary...Malam tadi baru pertama kali saya tengok die bagi speech or jawab soalan wartawan live! Tak pernah pun tengok sebelum ni. Dan pagi ni bila bace paper di ofis, barulah tahu yang beliau pun beru pertama kali terlampau expose macam tu. Sebelum ni beliau tak pernah kuar tv pun bagi ucapan, wartawan nak interview pun susah. Sangat merendah diri kan...Kekayaan beliau hampir setengah digunakan ke jalan kebajikan. MPH, Padini, PTP, MMC, etc - merupakan syarikat beliau. Dengan menggunakan proxy untuk menjalankan aktiviti syarikat beliau, media pun tidak dapat menjangkakan kekayaan sebenar beliau.

    Semoga ramai lagi orang Islam yang berjaya dan pemurah seperti beliau...Amin.

    ReplyDelete
  2. Salam Maal Hijrah to Hayat & Payat

    Thank you very much for the good news.

    Khatib kat sini tak baca khutbah berkaitan dengan Maal-Hijrah tapi pasal amal jariah sebab lepas tu nak minta derma buat masjid kat Auckland. ..

    ReplyDelete
  3. Salam Maal Hijrah untuk Khairul & Deb Sekeluarga!

    Selamat maju jaya juga untuk Phd Deb.

    ReplyDelete
  4. Thanks Shima..
    Hmm... good luck to you too..
    Sekarang tak perlu pegi Shah Alam untuk jumpa supervisor lagi, kan.
    Deb kat sini macam biasa sahaja. Supervisor ok, professor yang lain pun baik- baik belaka (kat sini ada Tony Van Zijl!).... mereka semua suruh Deb 'relax'.... tu yang buat Deb gabra and 'confuse' tu..

    Emm... apa-apa pun, 'life goes on'.
    Kirim salam kat kawan- kawan kat Segamat yer. Kami kat sini dah teringat-ingat soto Kampung Jawa & nasi lemak kat sebelah kedai makan P Ramlee tu. ha ha...

    Deb.

    ReplyDelete
  5. Masih pergi Shah Alam sebab main supervisor ada di Shah Alam dan kelas masih ada lagi untuk semester ni. Syukurlah Deb boleh relax, ikut je nasihat supervisor. Enjoy yourself. For me,I've to juggle everything here. Tak sabar nak tunggu July untuk apply cuti belajar.
    Insya Allah akan sampaikan salam pada semua.

    Emm Shima pun dah lama tak makan soto & nasi lemak tu, nanti Shima 'makankan' untuk Deb, ya?

    ReplyDelete
  6. 02 n0v 1983....tahun hijrah?

    ReplyDelete