Wednesday, January 23, 2008

Food Ration

Semalam kami menerima 2 kotak besar dari Malaysia. Ia merupakan sebahagian dari 5 kotak yang diposkan oleh Opah dan Atuk. 3 kotak yang lain telah diterima minggu yang lalu. Kedua-dua kotak ini lewat tiba kerana mengandungi makanan, Ia terpaksa menjalani pemeriksaan ’Bio Security’ yang ketat. Alhamdulillah semua barang yang diposkan selamat tiba.



Food Ration

Najmi Tersenyum Gembira Sambil Membuka Kotak

Najmi, Ain dan Imran begitu gembira melihat barang-barang dan makanan yang dihantar dari Malaysia. Saya dan deb juga gembira melihat pelbagai rempah dan ’paste’ makanan. Ia akan mempelbagai masakan kami. Saya dan deb sudah kehabisan idea untuk menyediakan masakan di sini. Di sini kena masak setiap pagi, petang dan malam. Pada pagi ini kami masak nasi goreng ’special’ dengan menggunakan rempah yang disediakan oleh Opah. Habis licin dikerjakan Najmi, Ain & Imran.



Food Ration

Ain Bersama Telekung Baru


Di sini tiada Lauk-Pauk Din-Beringin, Nasi Tomato Kak Nor (Ustaz Kamaruzzaman), Soto Kg Jawa, Beriyani Wahila, Tomyam A-Salihin, Ikan Baung RZ, Masakan Siam Sakinah, Chicken Chop Two Cities, Nasi Ayam Pak Jamil, Roti Canai Mat Durian Tunggal, Nasi Lemak sebelah kedai P-Ramlee dan tak lupa 'Home Made Cake' Kak Dira and Karipap Special Kak Ayu (Ustaz Zaluddin). (huaahh) Belum lagi makanan-makan isitimewa di Lumut, Perak & Kota Bharu, Kelantan. Begitu juga Fast-Food (e.g. KFC, McDonald, Pizza Hut, Kenny Rogers, Burger King, Chicken Rice Shop.. dan banyak lagi). (huaahhh 3x .. nak balik !!!!)

Food Ration

Ye ye !!! Thank You very much..


Ucapan terima kasih juga kepada Cik Su (Firdaus), Cik Ja (Izatul) kerana membelikan semua barang-barang tersebut. Tak lupa kepada Nenek & Atuk (Kelantan) yang turut sama membekalkan kami dengan keropok ikan (makanan kegemaran Najmi & Imran). Bukan semua rempah dan ’paste’ ada dijual di sini. Jika ada harga memang jauh lebih mahal dari Malaysia. Jadi jalan yang terbaik ialah mengeposkan dari Malaysia. Rasa-rasanya belanja pos semuanya lebih kurang RM 500 dengan menggunakan Sea Mail. Setelah di hitung-hitung cukuplah bekalan makanan untuk 5-6 bulan ini.

8 comments:

  1. Rehan & Payat

    Kek cik Nadzira is the best. Kenduri, InsyaAllah dalam perancangan. Saya sedang belajar masak. Sebab dekat sini tak de catering ha . ha..

    ReplyDelete
  2. hehe....sayang nyer soto kg jawa, lauk din-beringin dan lain-lain tu tak boleh nak dipos. Kalau tak boleh la saya poskan, dengan kadar istimewa ;-) hehe...

    (Ni boleh buat bisnes nih.....pos food ration ke new zealand..hehe)

    ReplyDelete
  3. hehe.. mak sya pon rajin nak layan sy utk pos food from malaysia..hehe.. en k!tiket to NZ n OZ sgt MAHAL.. Sedey.~~ :(

    ReplyDelete
  4. Berat saya telah bertambah sbyk 5 kg hanya dgn membaca tulisan @ posting K/A kali ni!!!!

    ReplyDelete
  5. najmi, ain..imran...
    nanti boleh suruh opah n atuk poskan makanan lagi
    hehe

    ReplyDelete
  6. assalamulaikum Encik K..!!!!..waaaaa!!! tetiber jumper page u..hajat nak cari no tepon restoran wahila..tetiber jumpa page u lak...hope u happy there wif family..take care..assalamualaikum!!

    ReplyDelete
  7. Marzuq
    Tambah jangan Tak Tambah Berat Tu !1

    Iqwa,
    Habis tu ... jadi tak jalan ke sini...

    Cik Ja
    Ok Ja, Nanti Angah bagi senarai barang .. he he

    Wahida,
    Pergi Wahila tu beli Beriyani lebih sikit ye ..

    ReplyDelete