Pada hari Ahad baru-baru ini, kami sekeluarga sempat menikmati pemandangan indah Bandar Wellington dari puncak Mount Victoria. Ianya terletak di tengah-tengan bandar Wellington, iatu lebih kurang 25 minit dari rumah kami yang terletak di Lower Hutt.
Tinggi-tinggi Mount Victoria, Tinggi Lagi Harapan dan Cita Kami
Pemandangannya sungguh indah. Angin sejuk yang bertiup sepoi-sepoi bahasa sekali-sekali mengusap pipi kami. Apabila kami tiba di puncak, jelas kelihatan di sebelah kanan kami, bandar Hataitai, Kilbirnie, Seatoun, Newtown dan Wellington Airport. Sementara di sebelah kiri kami kelihatan bangunan dan mercu penting bandar Wellington seperti pelabuhan, Basin Reserve, Stadium, Victoria University, Taranaki Street dan bangunan-bangunan lain.
Najmi, Imran dan Ain
Kelihatan bersama-sama kami ialah pelancong-pelancong yang turut menikmati pemandangan yang indah ini. Kemudahan letak kereta dan tangga yang tersedia memudahkan pelancong-pelancong. InsyaAllah jika ada kesempatan kami akan datang lagi bagi menikmati pemandangan ini pada waktu malam pula.
My New Hair Cut and Ideal Weight
Apa khabar Khairul dan Wan Adibah?
ReplyDeleteKat gambar tu Khairul nampak bertambah besar. Mungkin sebab rambut pendek. Apapun semoga bahagia di rantau orang.
He..he... ye ker..
ReplyDeleteKhairul turun 10+kg tu...
Deb.
encikk k.
ReplyDeleteanda nampak kurus!
hehe~
send my warm regards to puan wan.
missed playing UNO with her.hehe.
"ideal weight" .. he he ..hehe..
ReplyDeleteen k! puan wan! sy nk balik malaysia 29 feb ni.. saje je for 2 weeks.
:) nk gi segamat kot..
hehe
jgn jeles~
erm...nice hair cut...really...
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteWahh..En K..cantik rambut heheheh.....en..nampak kurus...;)