Allah sw.t telah menjadikan New Zealand dengan muka bumi yang indah dan pelbagai. Terdapat laut yang cantik, gunung ganang, tasik dan pelbagai tumbuh-tumbuhan. Segala nikmat ini dijaga dan disayangi oleh penduduknya. ‘Recycle’ merupakan amalan penduduk di sini. Jangan terkejut jika membeli belah di PakNSave anda tidak diberikan ‘plastic bag’ secara percuma. Pelanggan terpaksa membeli ‘plastic bag’ ataupun menggunakan secara percuma kotak-kotak buangan (recycle) yang di sediakan.
Sampah di rumah hanya akan dikutip jika menggunakan plastic ‘Municipal Council’ yang berharga NZ$ 1.50/ RM 4.00 sehelai. Terpaksalah kami berjimat cermat menggunakannya. Namun begitu barang lain yang di bahagikan untuk recyle seperti kertas, plastic, kaca dikutip secara percuma. Jalan yang terbaik ialah ‘recyle’ dan hanya menggunakan plastic ‘municpal’ untuk bahan yang tidak boleh di ‘recyle’ seperti ….
Pada hujung minggu ini kami sempat menikmati suatu nikmat yang dijaga dengan baik iaitu Artesian water. Ia merupakan air bawah tanah yang melalui proses tapisan selama bertahun-tahun. Ianya sangat bersih dan bebas dan segala mikroogranisma. Air ini menjadi pilihan penduduk. Tidak putus pengunjung yang mengambil air dari pancuran air yang disediakan di Petone.
Najmi, Ain dan Imran bergembira mengambil air ini untuk bekalan dan minum di ’water cooler’ yang disediakan. Airnya sejuk, bersih, segar dan bebas dari sebarang bahan kimia. Jika berminat untuk membaca dengan lebih lanjut tentang air ini. Sila klik di sini.
boleh order ni bawak balik msia...hehehe
ReplyDeleteNanti saya export ke Malaysia, fazli jadi dealer ok .. ha ha
ReplyDeleteKhairul dan Wan,
ReplyDeleteKalau u ada dekat sini, saya dah lantik u jadi pegawai khas saya... heh....heh..
Khairul, belajar macamana?
Prof.,
ReplyDeleteHa Ha !!! Dekat sini pun boleh juga jadi pegawai khas. Secara virtual. Ada elaun ke ? Jika Prof. perlukan pengkritik yang tulus ikhlas boleh dapatkan dari saya. Ha Ha (seperti biasa...) .
Saya doakan Prof. berjaya mentadbir UiTM Johor dengan cemerlang dan Istiqamah dalam amal ibadah. Saya belum belajar lagi, tengah kerja kumpul duit. InsyaAllah Februari nanti saya enroll.
Prof.,
ReplyDeleteJangan risau, Khairul juga dah mula baca journal.
Saya takkan biarkan dia berehat jer... he..he...
Wan.
kalau saye pegi Hutt Hosp, bas lalu depan tepan amik air Artesian ni. Tapi saye tak penah pula nak amik tahu apakah ia....hehe..
ReplyDeleteNuha,
ReplyDeleteLain kali bawak bekas air, tak payah nak beli soft drink. Bila nuha nak balik semula ke Wellington.