Wednesday, January 2, 2008

Mama's Office (Pipitea Campus)

Pada kebiasaannya deb akan pulang menaiki keretapi. Tapi pada hari ini (31 Dec 07), saya dan anak-anak mengambil keputusan untuk mengambil deb di pejabatnya di Victoria University. Tambahan pula sekarang ni musim cuti sekolah. Victoria University juga bercuti dan ditutup selama seminggu (24 Dec - 3 Jan). Perjalanan hanyalah 25 minit sahaja dari rumah. Saya ‘parking’ kereta di depan Parlimen dan sempat bergambar di hadapannya.



Parliament

Di Taman Diluar Parlimen New Zealand
Parliament

Bangunan Di Belakang ialah Mama's Office

Selepas itu kami pusing di Victoria University, Pipitea Campus. Bangunan tersebut (Rutherfort Building) di beli oleh Victoria University untuk menempatkan Commerce Faculty dan Postgraduate Office. Di sinilah pejabat untuk PhD students dari 'Faculty of Commerce and Administration' termasuklah School of Accounting and Commercial Law. Untuk kursus yang lain, ianya terletak di Kelburn Campus.



Victoria University

Mama's Office

Selepas itu kami menyusuri subway ke Wellington Railway Station. Ianya betul-betul terletak bersebelahan Victoria University. Jadi tiada sebarang masalah untuk ke pejabat setiap hari bagi deb.



Victoria University

View from Victoria University. Bangunan di belakang ialah Parlimen



No comments:

Post a Comment