Semalam selepas berbual dengan ahli keluarga di Malaysia, kami baru menyedari berita kehilangan adik Sharlinie. Ia telah hilang sejak 9 Januari 2008. Kami sekeluarga amat sedih kerana begitu kerap kejadian seperti ini berlaku. Kisah sedih adik Nurin Jazlin masih belum hilang dari ingatan.
Adik Sharlinie
Berita lanjut tentang adik Sharlinie kami dapati dari link ini. Kami sekeluarga doakan agar adik Sharlinie dapat di kesan/ temui dengan segera. Kepada keluarganya semoga tabah dan jangan putus asa
ye...tapi dalam kesedihan keluarga sharlinie ade jugak yang tidak berperi kemanusiaan. Seorang amah dari Melaka telah ditahan kerana memberi sms palsu kepada keluarga Sharlinie...ish...ish...
ReplyDeleteAde jugak saksi yang nampak budak seakan-akan Sharlinie di Danok, Thailand [kalau tak silap]...
Semoga Tuhan pulangkan Sharlinie semula...Amen
Save Her To Save Ours
Fazli
ReplyDeleteTak tahulah apa yang nak terjadi pada negara kita. Sudah tidak selamat lagi untuk kanak-kanak.
agaknye di new zealand xde kot macam ni...pelik jugak di msia...
ReplyDeleteapapun, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri..