- Salinan kunci rumah kita ada pada ‘meter reader’ TNB dan mereka perlu masuk ke dalam rumah kita untuk membaca meter (sebab meternya berada di dalam rumah). Mereka akan gunakan kunci tersebut jika kita tiada dirumah.
- Kita timbang sendiri barang di Supermarket dan tampalkan harganya sendiri.
- Isi sendiri petrol untuk kereta dan kemudiannya pergi bayar di dalam kedai bila selesai.
- Gunakan kad ‘Shop N Go’. Kita scan barang yang dibeli sendiri dan boleh keluar bila selesai tanpa perlu perlu ke ‘check out’ kaunter.
- Kita tak perlu bayar sebarang deposit untuk menjadi ahli ‘Library’ atau kedai menyewa ‘DVD/Games”.
Anak-anak kita berjalan sendiri ke sekolah ? Adakah ianya selamat..
Ianya berlaku di sini. Yang hairannya penduduknya hanya minoriti beragama islam
sekadar memetik kata-kata ustat kamarulzaman tentang pendapatnya apabila beliau banyak kali melawat negara orang...
ReplyDelete'di Beijing, etc orang Islam tiada [kurang], tapi Islam ade di sana, di Malaysia orang Islam ada [ramai], tapi Islam tiada'
nice post...
Salam Kak Deb n En k,
ReplyDeleteYang no 2, 3, dan 4 tu, saya pun hairan juga bila kali pertama di Uk. Suami saya pernah cakap bila isi minyak kat petrol station, kali kita buat sistem macam ni kat Malaysia, agak-agak ramai tak isi dan lari?
Self check out counter, hehe...dah boleh di agak apa yang berlaku...
Tapinya kat tempat mereka ni sistem macam ni boleh dijalankan.
Yang paling best ada seorang kawan saya pernah mengeluarkan statement:
'kenapa ye di sini boleh ikut peraturan tu dengan baik, tak pernah merungut bila kena hantar trolley kat hypermarket semula ke trolley bay, tapi bil kat Malaysia kita susah nak buat semua tu...'
Apa pendapat kak deb, en K or yang lain?
Payat and Norzea
ReplyDeletesaya setuju dengan Payat and Norzea
Itulah menjadi kehairanan, tak de pulak orang lari bila dah habis isi minyak. Sepatutnya kita kena jadi lebih baik dari mereka kan ..