Hari itu ialah hari yang paling gembira bagi anak-anak terutamanya Najmi. Kami sekeluarga bersama 8 keluarga lain bertolak ke Otaki untuk 'Fruit Picking' dan kemudiannya ke Levin untuk berehat di satu Pusat Rekreasi. Pusat Rekreasi yang terletak di Levin menawarkan pelbagai aktiviti yang sangat menarik. Kemudahan seperti 'flying fox', 'hamster roll', 'free train ride' dan banyak lagi permainan-permainan lain menjadi tempat ini 'Syurga' bagi kanak-kanak. Ibu-bapa juga tersenyum gembira dan 'selamat' kerana semuanya percuma. Najmi, Ain dan Imran bermain sepuas-puasnya (sakan) pelbagai permainan di Taman tersebut.
Paling 'best' bagi Najmi selain 'flying fox' ialah bermain 'giant chess'. Dia terpaksa menunggu selama 20 minit sebelum lawannya menumpaskan pencabarnya. Lawannya kemudiannya mengajaknya bermain dan Najmi memilih untuk bermain sebagai 'Putih'. Saya melihat penuh 'suspense' setiap pergerakan najmi dan lawannya. Pada peringkat awalnya Najmi seolah-olah kekok dengan saiz 'buah catur' yang besar. Segala ajaran saya dan 'Cik Su' seakan-akan dilupakan. Perhatikan di gambar Najmi telah memulakan 'serangan' dengan mengunakan Queen, walaupun belum lagi 'control center' dan 'establish position'. Sebagai balasannya, tidak lama selepas itu Najmi kehilangan 'bishop' nya.
Selepas tersentak dengan kesilapan tersebut, Najmi segera mengeluarkan kedua-dua 'knight' dan kemudiannya mengawal bahagian tengah. Sebagai bapa dan 'jurulatih', saya menahan diri untuk mengajarnya. Hati nurani saya tidak mahu Najmi kalah. Saya tahu dia akan sedih dan mungkin menangis. Kalau ikutkan hati, rasa nak tunjukkan Najmi apakah 'best move' nya. Namun saya tidak mahu 'menganayai' lawannya dan tidak mahu menjadi perlawanan ini menjad perlawanan antara 'dua bapa'. Selepas beberapa ketika, cahaya kemenangan bersinar apabila Najmi bejaya melakukan 'fork' kepada 'King', 'Quen' dan 'Bishop'. Selepas 'mengarwahkan''Queen' lawannya, Najmi mula berkenduri sebelum meng'checkmate'. Selepas bersalaman dengan lawannya, Najmi terus pergi berlari memberitahu 'mama'nya tentang perlawanannya.
Di dalam kereta, saya bertanya 'apa akan berlaku sekiranya Najmi kalah?. "Adakah Najmi sedih atau Nangis?. Dia menjawab "Yup, but a little bit.". Saya pun memberitahunya, "In order to be a good chess player like Cik Su, you will be defeated by many players. Everytime Cik Su loss, he learned from his mistake and then keep improving...". Najmi berkata "Yeah, I get it. I'll beat Cik Su when we go back to Malaysia..."
Balik M'sia nanti buat chess tournament peringkat faculty. Category - Bapa Vs Bapa and Anak vs Anak. Peringkat Final tentunya KA vs HS, KN vs NI....
ReplyDeleteDah pandai speaking dah KN ni..... dah banyak inprovement dia.
Syah.. Budak-budak ni sekejap je dah dapat language ni. Dia cakap ada 'loghat' kiwi punya... Tambahan pula kat sekolah dan kawasan kami ni.. Kami je Melayu..
ReplyDeleteSalam khairul&Adibah,
ReplyDeleteIya, kami masih ingat lagi pertemuan kita nov lepas. Tahniah atas semua 'anugerah', moga tercapai segala yg dicita... Pls keep in touch. Pls let us know if you're visiting auckland. Let's ym : airtehdeh@yahoo.com and ummu_ashraf@yahoo.com
Asiah&Suhaimi
ReplyDeletesalam persahabatan dari kami sekeluarga, Semoga berjumpa lagi suatu hari nanti. Don't forget to come to our house (Wellington),.