Udang Kuah ‘Yellow’, begitulah kata Najmi mencadangkan makanan untuk tengahari semalam. Kata-katanya sebelum ke sekolah itu meninggalkan saya di rumah dalam keadaan terkapai-kapai kelemasan. Walaupun sudah hampir 5 bulan menjalankan ’tugas hakiki’ memasak namun bukan semua resepi di ’dunia’ ini ku tahu.
Pagi-pagi lagi, saya telah keluar ayam sebagai menu gantiannya. Namun apabila tengahari (semasa di dapur), ketika berkira-kira untuk memilih samada masak kari, sup atau kurma, timbul rasa kasihan pula pada si anak. Najmi tidak akan marah atau bising. Dia akan makan apa sahaja. Tetapi perasaan kasihan melihat anak pulang dari bersekolah selama 6 jam, saya membatalkan hasrat tersebut. Terus saya cari resepi di Mesra.net, Alhamdulillah jumpa dan berjaya... Hidup di perantauan ini menjadikan kita lebih kreatif dan berdikari.
Nak sikit...mesti dasyat ni....
ReplyDeleteni udang masak lemak ke?
ReplyDeleteAssalamualaikum...en K..
ReplyDeleteEmm..nampak sedap, mesti best heheh...apa nama masakan ni Encik? :)
Payat
ReplyDeleteEntahlah (yang penting kuahnya kaler kuning).. tapi rasanya sedappp !!!!
Huda,
Memang Sedap...
Nama masakan : Udang kuah "Yellow"
Bell
ReplyDeleteSikit no problem
"Kami juga menerima tempahan untuk majlis perkahwinan dan hari jadi'
Rajinnya memasak. Lepas ni boleh buka 1 blog untuk resepi masakan pula...
ReplyDeleteDalila
ReplyDeleteHa ha ..(resepi masakan.... ) Semua masakan ku hanya sedap di New Zealand sahaja sebab monopoly market. Kalau dicuba di Malaysia.. mesti tak ok punya (sebab free market competition).
Sedap lagi RZ, Al-Amin, Din Beringin,... As-solihin, ....MCD, KFC, Pizza Hut.....
waa...nama masakan ni orang putih sangat..hehe
ReplyDeletenanti angah ngn kak deb balik sini, bley ar masak eh bg kitorg rasa ;)
Ni mesti kes najmi makan udang masak yellow kat rumah auntie zura nih...he...he...lepas ni buat udang masah green..hee..hee
ReplyDeleteZura,
ReplyDeleteMemang ya lah tu...
Next time kalau Najmi datang rumah, bagi dia nasi & telur goreng jer, tau...Kalau menu istimewa, kena bekalkan resipi sekali, haha..
Ija,
ReplyDeletehehhe...kita makan kat kedai je la Ja....
Alamak..teringat lak nasi beriani ayam madu kat Restoran Samudera Raya Lumut tu... huwaaa
Ish..tak sangka en. K ada bakat terpendam...hehe...
ReplyDeleteBertuah Kak deb..