Friday, April 25, 2008

Berjimat Tak Bertempat

Selepas lebih 5 bulan memandu kereta tanpa insuran, akhirnya saya membeli juga insuran kereta (third party) dari AMI Insurance. Itupun setelah berbincang dengan Abg  Ali dan Pak Lah. Insuran kereta memang amat penting, tetapi sifat bertangguh, malas dan berjimat tak bertempat telah menyebabkan ia tertangguh sekian lama.



Jaguar

Kalau terlanggar kereta ni, tak dapat lah balik Malaysia . hu hu

Tambahan pula kerajaan NZ ni tak wajibkan. Sekarang ni baru ada ura-ura yang nak wajibkan semua kenderaan ada 3rd party insuran. Alhamdulillah sepanjang tempoh 5 bulan memandu tanpa insuran, saya tidak terlibat dalam apa-apa kemalangan. Kalau 'accident' macam mana ? Kalau terlangar Merc atau Jaguar camna ? Kalau terlanggar orang, patah, mati camna?. Jawabnya "Melopong la Den". Nasihatku kepada Kepada semua rakan-rakan yang berada di NZ, "Pergilah beli Insuran, Aku tahu korang pun tak ada insuran jugak"


Tips: Kepada sahabat-sahabat yang sedang/akan membeli insuran di New Zealand, Kalau boleh dapatkan 'No claim' Letter dari Insuran company di Malaysia supaya boleh tolak NCB. Dalam kes saya, pernah 'accident' 3 bulan sebelum ke NZ, walaubagaimanapun nasib baik boleh guna isteri punya... ha ha ..

8 comments:

  1. WAAH!!!

    ingatkan ini kereta yg dipakai di NZ!!!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..

    En K..

    Keta encik kat NZ ke tu...cantiknya....heheheh

    ReplyDelete
  3. Kak Ani dan Huda

    Kereta itu "Ahmad Albab" yang punya...
    Kena tunggu Ahmad Albab keluar dulu...

    ReplyDelete
  4. Salam Khairul,

    Ahmad Albab tu anak yang keempat ke?

    ReplyDelete
  5. En. Halim,

    Ha ha ha..
    Gurau jer.

    ReplyDelete
  6. Insurance kereta...bahaya tu klu x ambil. kalau accident, sapa mau bayar?

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Kalau ada lesen NZ, insuran jadi jauh lebih murah, cuma nak amik lesen tuh kena test dia yg leceh sikit..bukan apa, kena baca buku dia.. jgn overconfident... nanti kena ambil 2 x, hehe... pastu kena test drive lak. Ikut nasih la dpt cikgu baik, lepas.. kalu tak, kena buat 2 x gak...hehe. Btw, memang perlu ada insuran...setuju!

    ReplyDelete
  8. Dalila
    Memang ramai kawan-kawan yang tak de insuran. Kalau accident .. susah oo..

    Asiah,
    Terima kasih atas nasihat tu. InsyaAllah akan ambik lesen NZ sebelum hujun tahun ni. Kalau ambik awal, bagus sebab boleh mula claim lebih dari NZ$250. Kalau tak hanya dari NZ$1000. Suhaimi dan Asiah dah ambik ke?

    ReplyDelete