Tuesday, April 22, 2008

Bye bye Ms. Trotman !!!

”Bye Bye Ms. Trotman !!!”. Jumaat lepas ialah hari terakhir Ms. Trotman (Kate) bertugas di Epuni Primary School. Selepas ini dia akan berpindah ke Sydney, Australia. Najmi pergi mengucapkan ‘bye bye’ kepada bekas gurunya. Ms. Trotman ialah seorang yang sangat baik. Petuturan bahasanya sangat lembut dan sesuai sangatlah mengajar kelas Year 1 (umur 5 tahun).


Kate Trotman

Thanks heaps Ms. Trotman !!!

Ms. Trotman ialah guru pertama Najmi, iaitu ketika baru sampai di New Zealand pada tahun lepas. Ketika itu Najmi ditempatkan di kelas Fireflies ‘Year 1’. Walaupun baru tiba di New Zealand dan English ialah 'second language' bagi Najmi, Alhamdulillah, Najmi begitu selesa, tidak kekok dan cepat menyesuaikan diri di kelasnya dengan adanya bimbingan Ms. Trotman.

1 comment:

  1. Adik! (Edmonton)
    Apa khabar?
    Sori hari tu terlepas birthday adik..
    Adik nak hadiah apa?? he.he.. nanti email yer..

    ReplyDelete