Sempena cuti panjang Good Friday (23.3.08). Kami sekeluarga bersama-sama 8 keluarga Malaysia yang lain mengambil kesempatan ‘cuti-cuti Kiwi’. Kami bertolak dari Johnsonville (tempat pertemuan) ke Otaki pada pukul 9.00 pagi dan tiba di sana lebih kurang pukul 10.30 pagi.
Setibanya di sana kami semua berkesempatan mengutip buah-buahan dan sayur-sayuran. Najmi, Ain dan Imran begitu gembira memetik buah epal. Harganya tidak mahal iaitu NZ$0.75 sekilo. Terdapat juga buah pear, tomato, pelbagai jenis cili, kacang, terung, bawang, capsicum dan banyak lagi.. Kesemuanya buah-buah ini saiznya sangat besar.
Najmi, Ain dan Imran puas hati dapat memetik kesemua buah-buahan dan sayuran ini. Mereka berjalan bebas di dalam ladang ini sambil membawa baldi masing-masing. Selepas memenuhkan 4 baldi, kami pun pergi ke pusat timbangan. Jumlah yang perlu dibayar hanyalah NZ$13.40.
Nota: Penghargaan untuk Sdr Fairuz kerana meminjam kami Kamera pada hari itu tersebut. Kamera kesayangan kami rosak pulak..
Banyaknya pokok epal, buahnya pun bertaburan. Memang satu pengalaman menarik untuk dikongsi bersama. Susah nak dapat kat Malaysia ni. Seronok tgk gelagat anak2 enjoy themselves during the day...Kenangan manis untuk sekeluarga...
ReplyDeleteDalila,
ReplyDeleteAnak-anak semuanya sangat gembira. Mereka suruh pergi lagi sekali. Tetapi memandangkan kekangan masa. Terpaksalah ditangguhkan… Tetapi.. .. InsyaAllah bulan Mei/Jun nanti saya akan cuba tanam strawbery kat rumah saya… Harap-harap berjaya.... jemputlah datang nanti...
waaaa..dah berwajah baru blog ni..sungguh syoknye najmi, ain & imran berfruit picking!
ReplyDeleteberas dah naikk..itu yang imran ambik terung byk byk..makan terung la plak abe keroll..hahahah
ReplyDeleteAyah Din,
ReplyDeleteHa ha !!!
1. Gulai Terung
2. Sambal terung
3. Kari Terung
4. Pajeri Terung
5. ????
Ah... Imran... Kenapa ambik banyak sangat sayang !!!