Thursday, April 17, 2008

Lebih Sukatan

Harga beras kesukaan Najmi, iaitu beras Siam (Jasmine – 22kg) pada dua bulan yang lepas ialah NZ$27.50 dan kemudiannya naik sebulan selepas itu ke NZ$34.00. Tiba-tiba dua hari yang lepas, saya terkejut ‘badak’ ketika melihat harganya iaitu NZ$ 41.75. Hati kecil saya tibatiba berkata dalam loghat Perak, "Ape ke He Nye"


Beras Siam


Pada malam tersebut barulah kami sedar bahawa dunia kini menghadapi krisis makanan. Beberapa negara pengeluar beras tidak lagi mengeksport beras. Ini semua disebabkan banyak hasil tanaman termasuk padi di beberapa negara pengeluar musnah akibat banjir dan sebagainya. Bayangkan di Malaysia negeri-negeri yang selama ini tidak pernah mengalami banjir seperti Perak, Kedah, Penang dan Selangor juga kini menghadapinya setiap tahun. Bukankah ini semua tanda-tanda kekuasaan Allah. Allah swt boleh melebihkan sukatan hujan di mana-mana tempat yang Ia kehendaki.

12 comments:

  1. Assalamualaikum..

    En K..

    Allah mahu menguji hambaNya..supaya sentiasa bersyukur..setiap yang berlaku pasti ada sebabnya, hanya Allah yang mengetahui segala-galanya...
    Aduhai...di johor pun..sekarang ni selalu banjir..lebih-lebih lagi kat Segamat...tanda kebesaran Allah...:)

    ReplyDelete
  2. En. K & Dib,

    mana lebih murah - beli dari kedai dgn harga mahal atau
    minta orang Malaysia poskan (boleh ke pos beras dari Malaysia?)

    Satu alternatif lain, makan pasta/roti lebih (itupun kalau lebih
    murah)

    ReplyDelete
  3. Kak Ani,
    Murah lagi beli beras dari kedai :)
    Betul tu, makan pasta atau roti juga murah.
    Alhamdulillah, anak-anak juga memang suka makan pasta.
    (jadi taklah cepat sangat habis beras tu, hehe..)

    ReplyDelete
  4. Assalamulaikum

    Kus Semangat....kalau convert RM tu lagilah nampak mahal..


    (Maaf...saya selalu baca blog saudara....menjangkit dari blog Prof MKI,
    harap tak marah)

    ReplyDelete
  5. Huda,
    Saya setuju dengan pendapat Huda, Kadangkala kita perlu duduk sebentar dan berfikir tentang kebesaranNya.

    Wati
    Salam Perkenalan. Tiada masalah untuk membaca, blog ini untuk tatapan umum. Cuma mungkin agak membosankan sebab kebanyakan entri berkisar tentang kehidupan anak-anak.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum

    Terima kasih.

    Saya seronok membaca pengalaman saudara sekeluarga.
    Sebab saya sendiri tak pernah dan takkan mungkin merasai pengalaman hebat saudara .

    ReplyDelete
  7. Salam
    Patut ler kat pak n save albany habis stok, ada kaitan kot... sy cuma bole berharap harga beras pak n save tak naik ler... sebab kalau kat asian groceries.. memang asyik naik jer... geram pun ada tapi tak bole nak buat apa.

    ReplyDelete
  8. Asiah & Suhaimi,

    Pergi beli beras cepat sikit. Nanti kalau satu Auckland dah habis camna?

    ReplyDelete
  9. Wati,

    Kehidupan di mana-mana pun menarik... Sebenarnya kita yang menentukannya. Sewaktu di Malaysia, saya dan isteri jarang meluangkan masa melayan anak-anak. Hari Sabtu dan Ahad pun sibuk pergi kerja. Apabila berada di sini, rasa gembira berpeluang (kadang-kadang stress jugak !!!) melayan kerenah anak-anak ini...

    ReplyDelete
  10. Beras tu dah jadi NZD56.00 sekarang ni. Hmm.. makin lama makin naik ni. Ishhh.. ishh.. ish..

    ReplyDelete
  11. Rindu dan lama tak `mengunjungi' Blog KA dan Deb. Pagi ni baru berkesempatan.

    Cerita pasal beras..harga beras dah lebih 3 x naik harga. Kak Onah yang beli beras 10 kg sebulan pun terasa...kenaikan harganya.

    Tahniah Deb..kerana DM52 dan KA untuk scholarship mu..belajar rajin2. Tapi Kak Onah yakin you all berdua insyaAllah akan berjaya
    ...

    ReplyDelete
  12. Kak Onah,
    Thank you for visiting.
    Khairul kata lama tak dengar orang panggil dia 'rullllllllllllllllllll'
    hehehee... Kak Onah, cuti skolah mai laa jalan sini!!!

    ReplyDelete