Allah swt mengaturkan segalanya. Setahun yang lepas, saya menghantar surat memohon cuti tanpa gaji selama tiga tahun bagi mengiringi isteri melanjutkan pengajian di New Zealand. Selepas itu pula, surat pengunduran diri dari jawatan Ketua Program B.Acc(Hons). Saya berlepas meninggalkan KLIA dengan keadaan penuh ketidakpastian tentang masa depan. Saya serahkan kepada Nya.
Hati ini penuh keinginan untuk turut melanjutkan pengajian. Namun apa kan daya. Selepas semua urusan keluarga di New Zealand selesai. Saya mengambil peluang untuk bekerja secara part-time. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk mengumpul sedikit wang bagi membayar yuran dan menampung perbelanjaan keluarga. Nasihat dari mak, abah, mertua serta Prof. MKI agar sentiasa bersabar, bersembahyang dan berdoa memohon kepada Nya, tidak saya lupakan. Saya tidak berhenti berdoa memohon dari Nya.
Saya sangkakan hujan sampai ke petang, rupa-rupanya Cerah ditengah hari. Alhamdulillah, Allah memakbulkan doa hambaNya. Deb menerima AnugerahNya dua bulan yang lepas. Walaupun saya sedih dalam gembira, namun tiba-tiba Allah swt menganugerahkan peluang untuk melanjutkan pengajian kepada saya - Anugerah(2). Dan semalam, tanpa disangka-sangka saya menerima satu lagi anugerah, iaitu kenaikan ke gred perkhidmatan yang baru.
Saya panjatkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt. Saya berdoa ”Ya Allah Ya Tuhanku, Ampunkan dosaku, dosa ibu-bapaku, dosa datuk nenek moyang ku, dosa isteri ku, dosa ahli keluargaku dan seluruh muslimin dan musliman. Ya Allah Ya Tuhanku, Aku bersyukur atas segala nikmat yang telah engkau berikan. Kau tambahkanlah rasa syukur di hati ku. Ya Allah, Ya Tuhanku, Masukkanlah aku dalam golongan hambamu yang sentiasa mensyukuri rahmatMu... Amin Ya Allah.”
Di sini saya ingin mengucapkan setinggi terima kasih kepada Prof. Dr. Mustaffa, Prof. Dr. Ibrahim Kamal, Prof. Dr. Normah, Prof. MKI, Prof. Madya Omar Samat, Prof. Madya Zaluddin dan semua (bekas) Pengarah UiTM Johor, Timbalan-Timbalan Pengarah HEA/HEP UiTM Johor dan semua pensyarah serta kakitangan yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan dalam saya menjalankan tugas. Hanya Allah swt yang dapat membalas jasabaik Prof./Prof Madya/Tuan/Puan/Cik.
Kepada Mak, Abah, Ma, Abah dan seluruh ahli keluarga. Terima kasih kerana sentiasa mendoakan keselamatan dan kebahagiaan kami sekeluarga.