Wednesday, February 27, 2008

Tembikai vs. Epal

Teringat kembali saat-saat waktu baru tiba di Wellington. Semasa membeli belah di sebuah ‘Supermarket’, Najmi ternampak buah tembikai dan meminta saya membelikannya. Saya terkejut melihat harganya NZ4.00 sekilo (lebih kurang RM11.00 sekilo). Harga 1 biji lebih kurang NZ$14.00 (=RM37.00). Saya memujuknya agar membeli buah epal. Najmi bersetuju.



Riverbank Market

Selepas beberapa hari, dia meminta saya kembali buah tembikai.Saya tidak sampai hati untuk memujuknya lagi. Bukannya dia tidak pernah makan buah tembikai di Malaysia. Bukankah di Malaysia harganya sangat murah. Makanlah buah epel atau anggur di sini. Hati bapa mana yang tidak cair bila anaknya meminta. Akhirnya saya saya membelikannya juga untuk nya.



Riverbank Market

Harga buah-buahan dan sayur-sayuran di sini bagaikan pasaran saham. Sekejap melambung, sekejap pula turun mendadak. Saya sering ke Riverbank Market setiap pagi Sabtu iaitu selepas pulang dari kerja. Ianya seakan-akan Pasar Tani di Malaysia. Cuma di sini peniaganya membawa lori-lori yang besar. Peniaga-peniaga adalah petani Cina yang berasal dari Tanah Besar Cina. Mereka mempunyai ladang di Levin dan Otaki. Harganya lebih murah dari Supermarket.



Riverbank

Sayur yang paling mahal di New Zealand ialah kacang buncis. Harganya pernah mencapai NZ$14.00 sekilo (RM 37.00). Kini harganya telah turun ke NZ$ 8.00 sekilo sahaja. Bagi harga ikan, Ikan termurah Mackeral beharga NZ$ 3.50 sekilo, sementara Ikan Snapper beharga NZ$ 16.00 sekilo. Saya pernah membeli seekor Ikan Snapper beharga NZ$35.00 (RM 91.00). Semuanya untuk anak-anak tersayang. Berbalik kepada harga tembikai kini harganya ialah NZ$0.80 sahaja sekilo.

Tuesday, February 26, 2008

Anugerah (2)

Saya menerima surat tawaran Biasiswa Spouse Programme. Alhamdulillah. Saya bersyukur kepada Allah swt atas Anugerah Nya. Di sini saya ucapkan ribuan terima kasih kepada  kepada Prof. Dr. Mustaffa Mohamed Zin, Prof. Dr. Ibrahim Kamal, Prof Dr. Normah, Prof Dr. Muhd Kamil atas sokongan dan galakan yang diberikan.


Tiada kata yang dapat diucapkan untuk membalas jasa emak dan abah yang sentiasa memberikan sokongan dan motivasi kepada saya untuk melanjutkan pengajian dan seterusnya mencapai cita-cita. Mereka sentiasa memberikan sokongan dan sentiasa ada bersama saya di saat-saat getir dalam kehidupan. Malah, mak dan abah telah mengeluarkan simpanan mereka dan menghantarnya kepada saya di New Zealand supaya saya dapat melanjutkan pengajian bersama sama dengan deb.


Kepada adik-beradik saya, terutamanya kepada Along dan Izatul dan Shafinah (kesemua mereka telah bekerja). Terima kasih kerana memberikan ’financial guarantee’ untuk membantu saya membiayai kos penghidupan di sini sekiranya permohonan dan rayuan untuk mendapatkan cuti bergaji penuh tidak diluluskan. Kepada, Along, terima kasih kerana sentiasa bertanyakan samada saya memerlukan wang atau pun tidak. Along sentiasa menawarkan wang simpanannya untuk saya setiap kali berbual di telefon. Ini membuatkan saya terharu mengenangkan tiada hari yang dilalui di zaman kecil+remaja kami tanpa pergaduhan. (saya sememangnya sangat nakal satu ketika dahulu).


Untuk Isteri tersayang, terima kasih atas sokongan dan pengorbanan yang telah diberikan. Sokongannya sentiasa membuatkan saya tidak putus asa dan bersemangat dalam meneruskan pengajian.


InsyaAllah, saya akan memulakan pengajian tidak lama lagi di Victoria University of Wellington sebaik sahaja segala ’documentation’ telah lengkap. Doakan kejayaan kami berdua. InsyaAllah kami akan berusaha bersungguh-sungguh seterusnya pulang dengan kejayaan bagi mendidik anak bangsa.

Monday, February 25, 2008

BBQ di Kaitoke

Sabtu baru ini, kami sekeluarga menyertai beberapa Family Phd Accounting dari Victoria University of Wellington ber BBQ di Kaitoke Regional Park. Kaitoke terletak 45 km dari Wellington. Najmi, Imran dan Ain begitu ‘excited’ bilamana di beritahu bahawa kita akan pergi berkelah. Apabila tiba di sana, kelihatan ramai pelawat berkhemah. Kemudahan asas seperti tapak perkhemahan dan kemudahan BBQ memang sudah tersedia.




Imran



Najmi and his new skill

Sebaik sahaja tiba, seorang sahabat, Richard mengeluarkan satu set BBQ stove yang dibelikan untuk kami. Jadi, kami tiada masalah memasak makanan yang disediakan sendiri dari rumah. Kami sungguh gembira kerana Family lain (bukan muslim) menghormati kepercayaan kami sebagai muslim. Mereka turut membeli ayam berjenama "Turk' yang di sahkan halal untuk mereka.Kami bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan yang memahami.




Like Father Like Son

Najmi, Imran dan Ain sungguh gembira bermain di sini. Saya rasa Najmi lah paling gembira hari ini. (saya hadiah Cricket Bat untuknya sebelum bertolak ke Kaitoke). Sesekali mereka datang untuk minum dan memakan sosej. (Sekejap ada sekejap tiada). Selepas puas bermain, saya mengajak Najmi membakar ayam, kambing, daging dan sosej. Selepas diberikan sedikit ’briefing’, Najmi mengambil alih urusan memasak BBQ dengan gembiranya.




Sapa pulak budak-budak pompuan ni.. (buat-buat nak tolong...)



Sejukk...

Selepas habis memasak semua makanan, Najmi, Ain, Imran dan kawan-kawan pergi mandi manda di sungai berdekatan (Upper Hutt River). Mereka mandi sepuas-puasnya. Mana tidaknya peluang untuk mandi di sungai bukannya sentiasa ada. Tidak seperti zaman kecil saya, boleh mandi di Sungai setiap hari.




We should come again next time, Papa

Tuesday, February 19, 2008

Silly Hat Day


Imran with Donna

Epuni Kindergarten mengadakan 'Silly Hat Day' sempena Summer ini. Semua kanak-kanak diminta menghias dan memakai topi tersebut pada hari itu. Acara ni kecil sahaja sebenarnya, cuma menarik melihat pelbagai topi kanak-kanak. Sempena Musim Panas ini, Epuni Kindergarten mengenakan 3 langkah keselamatan (1) Semua kanak-kanak mesti memakai topi; (2) mesti menggunakan 'Sun Block'; (3) Memakai kasut.




Ain with Erica

'Sun block' amat penting di sini bagi mengelakkan kanser kulit. New Zealand adalah antara negara yang paling ramai kanser kulit. Jadi setiap kali keluar rumah antara pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang mesti memakai 'protection'. Yang menariknya di Wellington tiada orang menggunakan payung. Ini disebabkan angin yang sentiasa bertiup - kadang-kadang kencang. Selain itu jangan terkejut bila melihat omputih di sini kadang-kadang 'berkaki-ayam' sahaja termasuk bila berjalan di pusat membeli belah. Tak sampai nak tanya mereka kenapa ?




Kami belikan topi dan peralatan menghias di Kedai $2.00 (Macam kedai Rm 2.00 kat Malaysia). Ain dan Imran menghias topi tersebut dengan di bantu oleh deb. Saya tak dapat campur, sebab tidak kreatif. Apabila siap, Imran dan Ain tak sabar untuk ke 'kindergarten' pada keesokan harinya.

Monday, February 18, 2008

Frank Kitt Park (WaterFront)

Selepas pulang dari kelas agama di Masjid Kilbirnie, kami membawa anak-anak ke Frank Kitt Park. Ianya terletak di tengah-tengah bandar Wellington. Kebetulan pada hari itu terdapat 'open day' untuk menaiki kapal Pacifica sempena 'Fundraising Wellington Free Ambulance Service". Kami sekeluarga mengambil peluang menaiki kapal ini.


Ustazah Ain


Ain = Ustazah Ain


Ain, Imran dan Najmi begitu gembira mendaki anak-anak tangga kapal sehingga ke bahagian atas. Sekecil "Imran" berkata "Ngan Gang Imran=Jangan Pegang Imran". Selepas puas menikmati pemandangan dari atas kapal kami turun menaiki tangga. Pada masa ini terasa 'seriau' sedikit disebabkan tangga yang curam.



Pacifica

Di atas Pacifica

Pacifica

Tiada Gentar- Akan menuruti Perjuangan Atuk & Cik Dan

Selepas itu Najmi, Imran dan Ain mengambil peluang untuk melihat Helicopter New Zealand Air Force dan sempat bergambar dengan krewnya. Najmi, Imran, Ain + Sofea + Adam sempat mengambil gambar sambil memakai topi juruterbang. Semua kanak-kanak ini memang gembira mendapat peluang sedemikian. Tambahan pula staff New Zealand Air Force ini memang 'sporting'.





New Zealand Air Force

Bersama dengan New Zealand Air Force

Sebelum pulang ke rumah, kami berehat sebentar di Taman Permainan. Najmi, Ain dan Imran bermain dan kemudiannya makan Aiskrim yang ditaja oleh Bro. Ali. Mahal tau !!, NZ$3.00 (RM7.50) satu. Terima kasih kepada Abg Ali. Kami sangat terkejut hari ini kerana Imran memanjat gelongsor yang paling tinggi sekali pada hari ini. Dia sebenarnya sudah besar tetapi disebabkan dia ialah anak bongsu kami jadi kami selalu ingat bahawa dia masih kecil.




Imran Gembira- Bermain sahaja dengan Sesiapa Sahaja

Selepas penat kami pulang ke rumah. Najmi, Ain dan Imran senyum kegembiraan. Selepas makan malam, kesemuanya tidur kepenatan.

Sunday, February 17, 2008

AnugerahNya

Pada hari Jumaat lepas, Deb(=Wan Adibah=Mama=Kak Chik) menerima surat gembira dari UiTM. Permohonan kenaikan pangkat deb telah berjaya. Kami sekeluarga bersyukur kepada Allah swt atas AnugerahNya. Terima kasih kepada Ibu-bapa & keluarga, Guru-guru, Para Pensyarah, rakan-rakan, Staf non-akademik dan insan-insan lain yang sentiasa memberi dorongan dan galakan. Setinggi terima kasih kepada Prof. Dr. Ibrahim Kamal (Dekan) , Prof. Dr. Normah, Prof. Dr. Muhd Kamil dan kepada bekas-bekas Pengarah UiTM Johor (Prof. Dr. Sahar, Prof. Prof. Madya Dr. Hashim atas Prof. Madya Dr. Omar) atas sokongan yang telah diberikan selama ini.



Makkah

Bersyukur dan Berdoalah kepada Nya


Kami mendapat khabar (tidak rasmi) berita gembira ini sejak 2 minggu yang lalu. Hampir terlupa terima kasih juga kepada kesemua bibik(=pembantu rumah) kami yang telah membantu menjalankan tugas rumah dengan baik dan amanah. Kepada bibik Mei Nurlia, bibik Yuliana dan bibik kesayangan kami = bibik Tursiyah dengan ucapan "Bapak & ibu, ucapkan Terima Kasih". We really miss them very(7X) much.



Di sebalik kegembiraan itu, Ada seorang insan yang menangis, kecewa, sedih dan berdukacita. Bersabarlah !!! bersabarlah !!! bersabarlah !!!. Bukankah rezeki itu datang dari Allah swt. Allah lah yang memberikan rezeki kepada semua makhluknya dan Ia tidak lupa kepada setiap makhluk Nya walaupun ia seekor semut kecil yang hitam, berada di bawah batu yang hitam di malam yang kelam. Berdoalah kepada Nya. "Ya Allah Ya Tuhan ku, Engkaulah yang kami Sembah dan kepada Engkau jua kami memohon pertolongan". InsyaAllah, Allah akan memberikannya rezeki yang lain. Bersabarlah !!!.

Wednesday, February 13, 2008

Mamak.. Roti Canai "Rendek" (Dua)

Sudah lama kami tidak makan roti canai. Sejak November 2007. Teringat kembali keenakan roti canai di Restoran Syed dan Khalifah, Shah Alam. Makan pula dengan kuah "dal" yang di dalamnya ada "lemak-lemak". Datanglah sebelum 7.00 pagi, pasti anda akan dihidangkan dengannya. Patutlah ramai orang muda (40+) sudah kembali kepada penciptanya. Saya sudah lama saya tidak dapat menikmatinya. Sebabnya deb selalu bising setiap kali saya menyatakan hasrat untuk menikmati dal istimewa tersebut.



Roti Canai

Beberapa hari yang lepas, kami terjumpa dan membeli roti canai segera. 25 keping =NZ$16.00= RM42.00. Apabila tiba di rumah, terus mencari resepi di mesra.net untuk membuat kual dal. Alhamdulillah percubaan pertama ini berjaya. Najmi, Ain dan Imran makan sampai tersenyum. Najmi makan 2 keping. Teringat kembali zaman kanak-kanak saya. Suka makan roti canai 2 keping (ha ha). Keesokan harinya, saya memasak kari ala india (tak pakai santan). Alhamdulillah ia berjaya.

Monday, February 11, 2008

Ph.D (Introduction)

Ini ialah 'new blog category' yang baru bagi kami. Jangan risau tiada 'theory', 'hypothesis', 'equation' atau 'econometric formulas' yang akan di 'post' kan.

Let's start with "Phd etiquette"




(source: www.phdcomics.com)


Visit www.phdcomics.com for more jokes

Saturday, February 9, 2008

Kelas Al-Quran

Semalam (10 Februari 2008), kami membawa anak-anak ke Kilbirnie Islamic Centre. bagi mendaftarkan Najmi dan Ain untuk kelas Agama di sini. Mereka akan belajar membaca Al-Quran dan Asas-Asas Islam setiap hari Ahad di sini. Minggu depan Najmi dan Ain akan menduduki competency test (Penilaian Tahap Kecekapan – PTK), sebelum ditempatkan ke kelas yang bersesuaian. Yang paling menarik sekali ialah, ibu-bapa diminta untuk berada bersama-sama supaya dapat membantu menunjuk ajar di rumah setiap hari pula. Alhamdulillah, saya mendapat peluang membuat ’revision’ bersama-sama Najmi.



Masjid Kilbirnie

Masjid Kilbirnie 

Di rumah, saya mengajarkan Najmi belajar Qiraati setiap hari. Saya bukannya pandai sangat. Tetapi apabila sudah menjadi seorang bapa, tanggungjawab mendidik anak ini menjadikan kita lebih berusaha untuk mendalami hal-hal agama. Saya sentiasa berdoa agar mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah dan sentiasa mendoakan kami apabila kami telah tiada nanti.


Monday, February 4, 2008

Back to School

Cuti Summer sudah di penghujungnya. Ain dan Imran sudah masuk dua minggu ke kindergarten. Imran sekarang merengek-rengek minta ditemankan di kindergarten. Sepanjang tempoh hampir dua bulan lepas semuanya berjalan lancar. Imran tidak perlu ditemankan. Ia boleh berada di kindergarten sendirian tanpa ditemani. Mungkin sudah lama sangat bercuti di rumah..



School

Ain menunggang Kuda


Sebenarnya pergi ke kinergarten di sini sangat menarik. Mengimbas kembali aktiviti pada tahun lepas (tak dimasukkan di dalam blog) ialah lawatan McDonald Farm ke kindergarten. Pelbagai binatang dibawa dan diperkenalkan kepada kanak-kanak. Selain itu, sambutan Christmas dan party 'Year End' amat menarik. Terdapat perlbagai persembahan. Antara yang paling menarik ialah persembahan dari kanak-kanak di 'Sand Pit' dan Zappo The Magician.



Kindergarten

Imran bersama Alpacca(From South America)


Najmi pula akan memulakan persekolahannya pada hari khamis ini. Ia akan terus lompat ke Year 2/3. Dia tak perlu mengikuti kelas Year 2. Pada hujung tahun lepas kami menerima laporan ujian dari TESOL teacher. Kemahiran Najmi untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris adalah amat baik. Dia selalu berkongsi idea dengan kelas. Namun begitu untuk kemahiran 'writing' dan 'reading', ia kurang memuaskan dan tidak setara dengan kemahiran berkomunikasi. Najmi perlukan banyak latihan. Oleh itu, Najmi akan mengikuti kelas tambahan (2 jam setiap minggu) untuk 'writing' dan 'reading'. Pihak sekolah sudah memohon budget untuk kelas tambahan tersebut. Kami tidak perlu membayar sebarang yuran untuk kelas tersebut. Alhamdulillah



Zappo The Magician

Persembahan dari Zappo The Magician