Bermain Chess ialah hobi Najmi sekarang ini. Boleh dikatakan dia akan bermain sekurang-kurangnya 1 game dengan saya setiap hari. Terima kasih kepada Cik Su yang mengajarnya. Sebulan sebelum berlepas ke Wellington, Najmi bercuti di rumah Opah. Di situlah dia belajar bermain chess dengan Cik Su (Firdaus).
Grandmaster in The Making
Saya mengajar Firdaus bermain Chess. Saya memperkenalkannya dengan basic openings dan end games. (Sebenarnya saya baru mempelajarinya dari sahabat bernama Halim-Christchurch). Dari situ Firdaus mendalami Chess melalui pembacaan dan kejohonan catur. Kini dia bermain mewakili sekolah, daerah dan negeri Perak.
Najmi (Pemerhati)…Pertandingan Chess Sempena Aidil Fitri 2007
Sedikit sebanyak minat tersebut dikongsi oleh Najmi. Saya gembira dia mula mengusai permainan ini. Pada mulanya, saya sentiasa memberikan kemenangan kepadanya. Tetapi lama kemudian saya membelasahnya. Menitis juga air matanya menahan kesedihan disebabkan kekalahan itu. Lama kelamaan dia seakan-akan boleh menerima kekalahan. Namun saya sentiasa memberikannya kemenangan sekurang-kurangnya sekali sehari untuk tidak mematikan minatnya.