Kami sekeluarga berjalan ke Southeast Asia Night Market (pasar malam) pada hari Sabtu baru ini. Program julung kali ini diadakan di TSB Arena Wellington. Bukan sahaja gerai-gerai dari Malaysia, tetapi juga gerai dari seluruh Asia Tenggara. Selain itu ada persembahan kebudayaan turut diadakan. Dalam perjalanan, otak kami berlegar-legar berfikir untuk membeli keropok lekor, apam balik, jagung bakar, yong tau fu, nasi ayam, ayam goreng dan banyak lagi. (Teringat kembali keseronokan dan kemeriahan pasar malam di Malaysia)
Kami tiba lebih kurang pukul 3 petang. Kami perlu beratur sebentar kerana pihak penganjur tidak mahu suasana sesak di dalam TSB arena. Takut ada yang mati terpijak pulak nanti. Selepas berjaya masuk ke dalam ruang 'pasar malam' kami segera mengintai gerai-gerai yang diyakini 100% halal dan segera membeli tanpa berfikir panjang. Antara barang yang sempat di beli ialah Soto (NZ$6.00), Mee Kari (NZ$6.00) Nasi Beriyani (NZ$5.00), Kuih Sagu--Ain teringin nak kuih ni (NZ$4.00) dan ABC (NZ$3.00). Keropok lekor dan makanan lain yang ada di fikiran tidak dijumpai, bersyukur kepada Allah dengan apa yang ada.
Sepanjang jalan keluar dari ruang pasar malam, tiga-empat orang Mat Saleh dan Minah Saleh bertanya apakah yang saya pegang tu. Saya dengan bersungguh-sungguh menerangkan ini ialah ABC. Saya terangkan apakah yang ada dalam ABC tu. Terasa macam pegawai dari Kementerian Perlancongan Malaysia pulak. ha ha. Kemudian saya tudingkan jari kearah kumpulan yang sedang sesak beratur untuk membelinya.
Keluar sahaja dari TSB Arena, kami terserempak dengan Sufian & Nita. Kami kemudiannya sebulat suara mengambil keputusan untuk membelasah makanan tersebut di situ juga (di suatu penjuru). Sedang asyik makan menikmati ABC, kami disapa oleh Zen, Nuha dan Yasmin, Selepas itu Harisah dan Syaza. Kemudiannya Ahmad & Family, Salim & Family. Sebelum pulang terserempak dengan Nik & Fatma, Abg Ali & Family dan Niklin & Family. Semuanya kawan-kawan pakat datang ke pasar malam. Meriahnya... Macam program Sure Heboh atau mungkin lebih tepat program jalan-jalan cari makan.. ha ha...
Alhamdulillah dapat juga En K & Pn Wan sekeluarga mengubat rindu kepada makanan2 Malaysia. Seronok betul membaca blog En K sekeluarga, terasa seperti saya juga berada di New Zealand. :)
ReplyDeleteAssalamualaikum deb n family, ni k.alhan, kwn k.na. seronok akak visit blog deb n family di NZ. akak suka tengok pemandangan cantik di NZ. muka penuh betul anak deb yg sulung tu. fotokopi muka abahnya. comel2 anak2 deb. okes. all d best to deb n hubby di sana. kami kat sini dah lama tak ke pasar mlm. tak tahu nak beli apa dah. masak sendiri lagi puas makannya.
ReplyDeleteSALAM ZIARAH DARI DUBLIN.. JEMPUT2 LA SINGGAH MY BLOG.. :)
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteSyoknye u all dapat ke Asian Market..kami ni market dalam rumah je coz kerja sekolah banyak nak submit, so x sempat nak menjenguk ke sana. Seronoknya dapat makan kuih sagu..x per nanti cari resipi boleh buat nak hilang kempunan!
Salam Khairul dan keluarga,
ReplyDeleteApa khabar? Nampaknya dah terubatlah rindu dengan soto, ABC, beriani dan mee kari tu ye. Selalu ke diadakan Asian Market tu?
Salam,
ReplyDeleteRang Raini,
Apa khabar? Sekarang ni dah kerja atau sambung belajar di mana ?
K.alhan
Terima kasih kerana melawat blog ini. Salam persahabatan dari kami sekeluarga.
JHaZKiTaRo
Thanks, we had visited your blog.
Ueya
Jangan risau ,, boleh buat sendiri. Ueya buat lagi sodap.
En. Halim
Sedap lagi yang ada di negara kita. Inilah kali pertama ia diadakan sepanjang kami di sini. Tahniah di atas pelancara buku baru ..
Saya sihat di sini En K. Skg dah kerja sbg Audit Associate di sebuah accounting firm, Ernst & Young. Saya nak ambil kesempatan utk mengucapkan terima kasih kepade En K dan Pn Wan kerana byk mengajar saya sepanjang pengajian di UiTM dulu. Ur first speech to us last time masa briefing pelajar baru B.Acc pada Dec 05 tlh memberi saya semangat utk membuktikan bahawa saya juga BOLEH!! Jasa En K n Pn Wan mmg tdk terhingga. Semoga Allah S.W.T. sentiasa mencucuri rahmat kepada En K sekeluarga.
ReplyDeleteSalam,Rang Raini
ReplyDeleteSaya dan Pn Wan gembira dengan kejayaan u. Teruskan usaha dan nilai-nilai positif yang ada pada u .. Kami doakan kejayaan u. Pn Wan kata, u adalah pelajar rajin yang banyak memberi semangat untuk mengajar bersungguh-sungguh.