Imran sudah mula pandai bercakap. Namun, dia masih menggunakan bahasa 'baby' yang kadang kala boleh difahami, tetapi kadangkala tidak. Saya dan deb membuat teori, tentang kemungkinan Imran "confuse" dengan bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Teori itu disanggah oleh Dr. Razia (family Dr. kami)...
Hari ini Imran lebih petah. Pagi-pagi lagi Imran bercakap kepada saya "No Thanks, Too much eating", "Look your tummy". Saya dan deb sungguh gembira walaupun bunyi dan sebutannya masih 'telo'. Menjelang ke malam Imran sempat menuturkan beberapa potong ayat lain iaitu 'My tummy is hungry, i am short, can not reach, help me', follow me, you're taller, dukung me.
Itulah rahmat Allah swt. Perkembangan dan telatah anak-anak ini mencetuskan suasana ceria dan membuatkan kehidupan kami lebih indah dan bewarna. Alhamdulilah, kurang juga tekanan PhD yang dihadapi oleh kami berdua...
That is indeed right... anak2 menggembirakan hati kita... in fact, kita byk belajar dari mereka sendiri, bagaimana utk menjadi parents yang baik...don you think so!
ReplyDeleteBetul, kehadiran anak-anak ini menyebabkan kita belajar untuk menjadi ibubapa dan muslim yang lebih baik.
ReplyDelete