Semalam kami menerima hadiah yang sungguh istimewa. Bungkusan yang di bungkus dengan cantik dan kemas menimbul tanda tanya apakah gerangan kandungannya. Najmi, Ain dan Imran melompat riang bila bungkusan tersebut berjaya dibuka. Ia adalah sebotol kicap kipas udang. Anak-anak kami memang suka sangat dengan kicap ini. Saya dan deb pun gembira juga dengan hadiah ini, tetapi kami lebih gembira dengan "ingatan" penghantar hadiah tersebut.
Terima kasih kepada Syah dan Zati yang mengirimkannya. Mereka ialah pasangan pengantin baru yang kini berada di Auckland. Kami mengenali mereka apabila mereka singgah sebentar di rumah kami di Lower Hutt semasa Bersatu Games.
Tiba-tiba, saya teringat kembali pesanan dari seorang sahabat. Dia berpesan supaya jangan mengharap apa-apa balasan apabila membantu orang lain. Lakukanlah dengan Ikhlas. Selain itu, janganlah juga merasa sedih hati atau kecewa bila orang yang kita bantu tidak langsung mempedulikan kita apabila dia sudah terlepas dari kesusahan. Itu adalah lumrah alam.
Bantulah manusia dan lakukan kebaikan dengan niat untuk mencari keredahaanNYA. Jangan ada sedetik di dalam hati untuk mengharap sebarang balasan dari manusia. Ketika meminta pertolongan, manusia ini akan "lembut gigi dari lidah". Manis sungguh tutur katanya. Namun selepas dibantu, jika sudi menghulurkan senyuman atau menyapa kita.. itu sudah memadai. Yang paling menyedihkan ialah jika mereka langsung tidak sudi memandang, malah sanggup pula mengeji. Bukankah ada pepatah melayu, "seperti melepaskan anjing tersepit" dan buat "buat baik berpada-pada"... Fikir-fikirkanlah
To Syah and Zati:
ReplyDeleteThanks..thanks..thanks...
Najmi Kata: Who sent this to us? Cool..
Abg. Khairul: Abg Syah and Kak zati, from Auckland..
Najmi kata: Yea.. I still remember Abg. Syah and Kak zati.. They are good people, right pa?
Abg khairul: Yup, they are.. you have to be good like them too.
:)
Salam kak Deb dan Abang Khairul.
ReplyDeleteDuduk perantauan, kicap manis ni la yg jadi pojaan. Kalau kat Msia, dapat hadiah kicap ni, mesti orang pelik ja.. heheh
Kak Deb ngan Abang Khairul selalu bantu orang, sebab tu Allah SWT murahkan rezeki Kak Deb sekeluarga. :)
Terkenang-kenang briyani kambing hari tu.
Assalamualaikum
ReplyDeleteMenolong orang yang dalam kesusahan tak perlu mengaharapkan balasan.
Itu kerja Allah. Dia lebih tahu.
Tapi kalau org yang di tolong tu menyombong, pendek kata tak de pertolongan kali kedua lah...he..he...
Baru saya tau betapa berharganya kicap kipas udang bagi mereka di perantauan.
ops...terlupa nak letak nama komen kat atas tadi.
ReplyDeleteSaya ni selalu mengendeng2 kat blok orang. Jgn marah ha....
Laaa... ingat baru aje nak poskan kicap tu... kalau dah ada tak pe lah. BTW, cukup ke sebotol? hehe
ReplyDeletePerenggan terakhir tu macam bercakap dari pengalaman di NZ aje. Biasaklah...saya kat sini pun terkena gaks.
Anon,
bukan setakat kicap je berharga. Buat anak saya, dapat Mamee pun uiiii... bapak dia pun girang sama.....(tumpang makan)
Zaza,
ReplyDeleteHi, lama tak dengar berita, Emaillah kami selalu. Kita jumpa di Mesia nanti..
Wati,
Betul apa yang Wati cakap. Itu adalah sebahagian asam, garam, cuka dan gula kehidupan, he he ..Lain tempat lain benda yang berharga.
Syah,
Kalau kau rajin, kau masih boleh poskan lagi. Janganlah segan-segan... Perenggan terakhir tu tiada kaitan dengan yang hidup atau yang dah mati. Member-member di sini semuanya ok. Syah. Bersabarlah menghadapi segala dugaan. kau nak Mamee ke, nanti aku boleh poskan kat kau.. :)
En . K & Dib,
ReplyDeleteadakah selepas ini semua makanan akan disulami dgn kicap atau adakah ianya akan digunakan utk special occasion shj? Bon Appetit!!!
Kak Ani,
ReplyDeletekitorang makan burger pun taruk kicap..hehe
Assalamualaikum..
ReplyDeleteApa khabar encik K dan puan wan?
Lama tak dgr khabar di sana...:)
hehehe...bila jauh2..kicap pun sedap...:)..
Emm...tu lah lumrah hidup..kalau membantu org dengan hati yang ikhlas..insyaAllah..satu hari nanti ada ruang untuk kita pula..
emm..ada 8 pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya:
antaranya ialah..lupakanlah hati budimu pada org lain, lupakanlah kesalahan org lain terhadapmu...semoga pedoman ini, menjadi pusaka dalam hidup kita...semoga encik sekeluarga sentiasa diberkati Allah selalu..:)
Huda
ReplyDeleteTerima kasih atas nasihat yang penuh dengan hikmah itu. Saya akan jadikan panduan dalam mensusuri kehidupan ini.
salam...
ReplyDeletehahaha...smalam accuse zati and shah 'korang ni minum kicap ke sampai cepat sangat habis'....rupanya, export ke welly hehehe. packaging sangat la cantik...
anyway, anak saya pun, apa pun nak kena letak kicap....nasi ke, mee ke...sume nak kena kicap.
Salam Wan n khairul,
ReplyDeleteSaya ady dr Brisbane.Selalu jugak berkunjung di blog ini.Tergerak untuk meninggalkan jejak bila membaca pesanan dari seorang sahabat kalian berdua;" jangan mengharap apa-apa balasan apabila membantu orang lain.Lakukanlah dengan Ikhlas. Selain itu, janganlah juga merasa sedih hati atau kecewa bila orang yang kita bantu tidak langsung mempedulikan kita apabila dia sudah terlepas dari kesusahan". Ye..di mana-mana rupanya sama saja yer keadaannya..Saya hampir-hampir untuk mengelak membantu org lain lagi demi untuk menjaga hati sendiri.Sumenye gara-gara kerana ada manusia yang tak sedar diri.Untungnya Allah masih gerakkan hati untuk terus memberi pertolongan jika berpeluang.Bukankah semua pertolongan kita itu berlaku dengan izin Allah jua?Terima kasih atas peringatan ringkas ini...