6 Julai 2008, kami meninggalkan bandar Taupo seawal 8.00 pagi. Sebenarnya jauh disudut hati kami sekeluarga, belum puas lagi menikmati pemandangan indah dan menjelajah kawasan sekitar Taupo. InsyaAllah ada kesempatan dan rezeki, lain kali kami akan datang lagi. Kami berangan untuk memancing dan menjelajah Lake Taupo dengan bot, melihat sekali lagi deruan Huka Fall dan mungkin menaiki helicopter untuk melihat keseluruhan Lake Taupo (Uh !! Mahalnya...). Itu semua adalah angan-angan kami.
Destinasi pertama kami pada hari yang ketiga ini ialah untuk singgah melihat “Mud Pool” di Wai-Otapo. Ianya terletak 50 minit dari Bandar Taupo dan hanya 20 minit dari Bandar Rotorua. Mud Pool yang terkenal ini ialah kawasan tasik lumpur yang sentiasa mendidih. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk lawatan ke Mud Pool ini. Bagus, Ianya percuma. Tetapi jika anda berminat untuk melihat Lady Knox Geyser dan menjelajahi Wai-Otapo Thermal Wonderland, bayaran NZ$27.00 dikenakan bagi dewasa.
Kami hanya meluangkan masa selama 20 minit sahaja di Mud Pol. Bau Sulfur menusuk hidung menyebabkan anak-anak bosan dan meminta agar cepat beredar. Ia bukanlah suatu tempat yang menarik bagi Najmi, Ain, Imran dan rakan sebaya mereka. Hanya mereka yang dewasa sahaja tahu menghargai pemandangan tersebut. Tambahan pula kami kemudiannya berkejar untuk ke Lady Knox Geyser. Kami mesti berada di sana sebelum 10.15 pagi, kerana Lady Knox Geyser akan memancutkan airnya ke udara tepat pada pukul 10.15 pagi setiap hari.
Sebelum meninggalkan Mud Pool, hati kecil ini berkata, kalau tempat ni ada di Malaysia, pasti sudah habis di timba, buat ubat tradisional ataupun kosmetik kecantikan.
busukkan bau sulfur kat situh en k..
ReplyDeleteen k tengok tak yg air terpancut dr dlm tanah?
best nyer~
saya rindu new zealand...