Malam Sabtu, saya membawa ain ke Disko anjuran Epuni Kindergarten. Ia bertujuan untuk kutip derma. Jangan salah sangka. Program bermula 5.30 petang hingga 7.00 malam. Suka atau tidak terpaksa juga pergi sebab sebahagian dari aktiviti untuk tabung kindergarten tersebut.
Ain, Hanna , Faris
Berjoget atau tidak adalah perkara yang kedua. Yang penting bayar NZ$5.00 untuk masuk. Selain itu ibu-bapa dan adik beradik dinasihat untuk makan malam di tadika(disko). Makan apa? Makan sosej perasa b*b* kot. ha ha. Jangan risau, untuk Ain dan Faris saya belikan ‘soft drink’ sahaja.
Panjangnya mereka beratur nak beli sosej.. ee halal ke?
Saya bisikkan ke telinga Niklin (ayah Faris), tengahari tadi ain pergi sembahyang jumaat.. siap pakai tudung lagi.. malam ni dia pergi disko pulak. Niklin ketawa kecil. Dalam hati, saya berdoa supaya anak-anak kami dijauhkanlah dari tempat sebegitu.
salam
ReplyDeleteAik! camner bole sama..hari selasa (smlm) pun kami ada party kat kindi humaira... not bad... mostly bw cakes, biskut and fruit, but tak sure kan..so kami makan buah dgn biskut shj...
selamat menyambut ramadhan mubarak yg bakal menjelma tidak lama lagi. moga kira mendapat manfaat sepenuhnya di bulan yg mulia ini, ameen
Asiah
ReplyDeleteSekarang ni tengah muzim fundraising kot.
Selamat Berpuasa
Assalamualaikum Khairul, Wan dan anak-anak.
ReplyDeleteSaya juga nak ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat beribadah sepanjang bulan ramadhan ni. Semoga sentiasa mendapat perlindungan Allah. Maaf zahir dan batin.
Selamat berpuasa en. halim
ReplyDelete