Showing posts with label Kementerian Perlancongan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Kementerian Perlancongan Malaysia. Show all posts

Monday, August 18, 2008

Southeast Asia Night Market

Kami sekeluarga berjalan ke Southeast Asia Night Market (pasar malam) pada hari Sabtu baru ini. Program julung kali ini diadakan di TSB Arena Wellington. Bukan sahaja gerai-gerai dari Malaysia, tetapi juga gerai dari seluruh Asia Tenggara. Selain itu ada persembahan kebudayaan turut diadakan. Dalam perjalanan, otak kami berlegar-legar berfikir untuk membeli keropok lekor, apam balik, jagung bakar, yong tau fu, nasi ayam, ayam goreng dan banyak lagi. (Teringat kembali keseronokan dan kemeriahan pasar malam di Malaysia)



Kami tiba lebih kurang pukul 3 petang. Kami perlu beratur sebentar kerana pihak penganjur tidak mahu suasana sesak di dalam TSB arena. Takut ada yang mati terpijak pulak nanti. Selepas berjaya masuk ke dalam ruang 'pasar malam' kami segera mengintai gerai-gerai yang diyakini 100% halal dan segera membeli tanpa berfikir panjang. Antara barang yang sempat di beli ialah Soto (NZ$6.00), Mee Kari (NZ$6.00) Nasi Beriyani (NZ$5.00), Kuih Sagu--Ain teringin nak kuih ni (NZ$4.00) dan ABC (NZ$3.00). Keropok lekor dan makanan lain yang ada di fikiran tidak dijumpai, bersyukur kepada Allah dengan apa yang ada.



Sepanjang jalan keluar dari ruang pasar malam, tiga-empat orang Mat Saleh dan Minah Saleh bertanya apakah yang saya pegang tu. Saya dengan bersungguh-sungguh menerangkan ini ialah ABC. Saya terangkan apakah yang ada dalam ABC tu. Terasa macam pegawai dari Kementerian Perlancongan Malaysia pulak. ha ha. Kemudian saya tudingkan jari kearah kumpulan yang sedang sesak beratur untuk membelinya.



Keluar sahaja dari TSB Arena, kami terserempak dengan Sufian & Nita. Kami kemudiannya sebulat suara mengambil keputusan untuk membelasah makanan tersebut di situ juga (di suatu penjuru). Sedang asyik makan menikmati ABC, kami disapa oleh Zen, Nuha dan Yasmin, Selepas itu Harisah dan Syaza. Kemudiannya Ahmad & Family, Salim & Family. Sebelum pulang terserempak dengan Nik & Fatma, Abg Ali & Family dan Niklin & Family. Semuanya kawan-kawan pakat datang ke pasar malam. Meriahnya... Macam program Sure Heboh atau mungkin lebih tepat program jalan-jalan cari makan.. ha ha...