Sunday, August 31, 2008

Gerakan Mencari Ain

Semalam merupakan hari yang cemas. Saya terkejut apabila menerima panggilan telefon dari sahabat bernama Adi (Pegawai di Kedutaan Malaysia). Dia bercakap ada pihak yang sedang mencari saya berkaitan dengan gambar Ain di Wellington. Darah panas menyirap sehingga ke muka. Hati meneka-neka “Ain kena culik ke? Takkan kat sini ada kes macam ni? Gambar pasal apa pulak ni?


Saya kemudiannya dimaklumkan bahawa Jennifer (Director Asian NZ Foundation) sedang menjejaki kanak-kanak yang gambarnya ditangkap di Welington Halal Butcher. Gambar tersebut nak digunakan di dalam sebuah buku berkaitan dengan perkembangan umat Islam di New Zealand, bertajuk “Crescent Moon: the Asian Face of Islam in New Zealand”. Saya lega, dan menjawab “ok no problem”


Tidak lama selepas itu saya dihubungi oleh Jennifer King (Director Asian NZ Foundation). Dia rasa sungguh gembira keran berjaya mengesan Ibu-bapa Ain. Beliau meminta kebenaran bagi menggunakan gambar tersebut dalam buku yang akan diterbitkan oleh Asian NZ Foundation. Gambar itu ditangkap oleh Ans Westra, seorang jurugambar yang terkenal New Zealand. Saya kemudiannya menerima email jemputan untuk majlis pelancaran buku dan pameran pada pukul 2pm 22 February 2009 Musium Pataka, Porirua.

Friday, August 29, 2008

Selamat Berpuasa

Kami sekeluarga mengucapkan "Selamat Berpuasa dan Beribadah". Semoga kehadiran Ramadhan kali ini akan membawa lebih keinsafan dan ketakwaan dalam diri kita semua. Amin.




Tuesday, August 26, 2008

Disko

Malam Sabtu, saya membawa ain ke Disko anjuran Epuni Kindergarten. Ia bertujuan untuk kutip derma. Jangan salah sangka. Program bermula 5.30 petang hingga 7.00 malam. Suka atau tidak terpaksa juga pergi sebab sebahagian dari aktiviti untuk tabung kindergarten tersebut.



Ain, Hanna , Faris


Berjoget atau tidak adalah perkara yang kedua. Yang penting bayar NZ$5.00 untuk masuk. Selain itu ibu-bapa dan adik beradik dinasihat untuk makan malam di tadika(disko). Makan apa? Makan sosej perasa b*b* kot. ha ha. Jangan risau, untuk Ain dan Faris saya belikan ‘soft drink’ sahaja.




Panjangnya mereka beratur nak beli sosej.. ee halal ke?


Saya bisikkan ke telinga Niklin (ayah Faris), tengahari tadi ain pergi sembahyang jumaat.. siap pakai tudung lagi.. malam ni dia pergi disko pulak. Niklin ketawa kecil. Dalam hati, saya berdoa supaya anak-anak kami dijauhkanlah dari tempat sebegitu.

Sunday, August 24, 2008

'Dukung' Me

Imran sudah mula pandai bercakap. Namun, dia masih menggunakan bahasa 'baby' yang kadang kala boleh difahami, tetapi kadangkala tidak. Saya dan deb membuat teori, tentang kemungkinan Imran "confuse" dengan bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Teori itu disanggah oleh Dr. Razia (family Dr. kami)...


Hari ini Imran lebih petah. Pagi-pagi lagi Imran bercakap kepada saya "No Thanks, Too much eating", "Look your tummy".  Saya dan deb sungguh gembira walaupun bunyi dan sebutannya masih 'telo'. Menjelang ke malam Imran sempat menuturkan beberapa potong ayat lain iaitu 'My tummy is hungry, i am short, can not reach, help me', follow me, you're taller, dukung me.


Itulah rahmat Allah swt. Perkembangan dan telatah anak-anak ini mencetuskan suasana ceria dan membuatkan kehidupan kami lebih indah dan bewarna. Alhamdulilah, kurang juga tekanan PhD yang dihadapi oleh kami berdua...

Friday, August 22, 2008

Reward Yourself

Saya tertarik dengan tips (berkaitan pengajian PhD) yang saya baca dari bilik Uyanga (rakan PhD dari Mongolia). Saya kongsikan untuk rakan-rakan yang lain.

Tips no 6.

Reward yourself. We often dwell on what we haven't done, rather than acknowledging how far we have come. Celebrate achievement along the way. Take time off; treat yourself: You're worth it!

Monday, August 18, 2008

Southeast Asia Night Market

Kami sekeluarga berjalan ke Southeast Asia Night Market (pasar malam) pada hari Sabtu baru ini. Program julung kali ini diadakan di TSB Arena Wellington. Bukan sahaja gerai-gerai dari Malaysia, tetapi juga gerai dari seluruh Asia Tenggara. Selain itu ada persembahan kebudayaan turut diadakan. Dalam perjalanan, otak kami berlegar-legar berfikir untuk membeli keropok lekor, apam balik, jagung bakar, yong tau fu, nasi ayam, ayam goreng dan banyak lagi. (Teringat kembali keseronokan dan kemeriahan pasar malam di Malaysia)



Kami tiba lebih kurang pukul 3 petang. Kami perlu beratur sebentar kerana pihak penganjur tidak mahu suasana sesak di dalam TSB arena. Takut ada yang mati terpijak pulak nanti. Selepas berjaya masuk ke dalam ruang 'pasar malam' kami segera mengintai gerai-gerai yang diyakini 100% halal dan segera membeli tanpa berfikir panjang. Antara barang yang sempat di beli ialah Soto (NZ$6.00), Mee Kari (NZ$6.00) Nasi Beriyani (NZ$5.00), Kuih Sagu--Ain teringin nak kuih ni (NZ$4.00) dan ABC (NZ$3.00). Keropok lekor dan makanan lain yang ada di fikiran tidak dijumpai, bersyukur kepada Allah dengan apa yang ada.



Sepanjang jalan keluar dari ruang pasar malam, tiga-empat orang Mat Saleh dan Minah Saleh bertanya apakah yang saya pegang tu. Saya dengan bersungguh-sungguh menerangkan ini ialah ABC. Saya terangkan apakah yang ada dalam ABC tu. Terasa macam pegawai dari Kementerian Perlancongan Malaysia pulak. ha ha. Kemudian saya tudingkan jari kearah kumpulan yang sedang sesak beratur untuk membelinya.



Keluar sahaja dari TSB Arena, kami terserempak dengan Sufian & Nita. Kami kemudiannya sebulat suara mengambil keputusan untuk membelasah makanan tersebut di situ juga (di suatu penjuru). Sedang asyik makan menikmati ABC, kami disapa oleh Zen, Nuha dan Yasmin, Selepas itu Harisah dan Syaza. Kemudiannya Ahmad & Family, Salim & Family. Sebelum pulang terserempak dengan Nik & Fatma, Abg Ali & Family dan Niklin & Family. Semuanya kawan-kawan pakat datang ke pasar malam. Meriahnya... Macam program Sure Heboh atau mungkin lebih tepat program jalan-jalan cari makan.. ha ha...

Wednesday, August 13, 2008

Sibuk Mencuci

Empat bulan yang lepas, Prof. Keitha Dunstan dalam ceramahnya menerangkan tentang kewujudan penyelidik jenis ‘Data Mining’. Spesis ini akan duduk berjam-jam di hadapan ‘Online Databases’ yang ada bagi menggodek data yang boleh digunakan untuk penyelidikan. ‘Research Questions’ akan datang kemudian selepas data di cari gali. Setiap data mempunyai isu yang tersendiri yang boleh diselidiki.


Sejak ceramah itu, Deb sering mengusik saya sebagai spesis ‘Data Mining’. Usikan tersebut menyebabkan saya berazam untuk menahan kegatalan tangan dari menggodek Datastream dan Osiris yang ada di depan mata. Saya mahu habiskan masa untuk membaca., membaca dan membaca. Saya ingin membaca semua karya-karya agung dalam “Positive Accounting” iaitu mazhab perakaunan yang saya dokongi. Masih banyak lagi karya ulamak-ulamak Positivist seperti Ross Watts, Jerry Zimmerman, Ray Ball, SP Kothari, William Beaver, Holtahausen dll.. yang belum dibaca. Fikiranku sudah menjadi buntu, baca pun sudah tidak mahu masuk lagi. Saya rasa sudah tiba masanya untuk menjalankan aktiviti carigali data.


Data sudah saya download 3 hari yang lepas dari Datastream, namun belum habis lagi dicuci. Sekarang ni dah pukul 5.30 pagi, aku masih sibuk lagi mencuci… bukan cuci baju tapi cuci data….


Penyakit lama ku telah mula datang kembali….

Hadiah Istimewa dari Auckland

Semalam kami menerima hadiah yang sungguh istimewa. Bungkusan yang di bungkus dengan cantik dan kemas menimbul tanda tanya apakah gerangan kandungannya. Najmi, Ain dan Imran melompat riang bila bungkusan tersebut berjaya dibuka. Ia adalah sebotol kicap kipas udang. Anak-anak kami memang suka sangat dengan kicap ini. Saya dan deb pun gembira juga dengan hadiah ini, tetapi kami lebih gembira dengan "ingatan" penghantar hadiah tersebut.



Terima kasih kepada Syah dan Zati yang mengirimkannya. Mereka ialah pasangan pengantin baru yang kini berada di Auckland. Kami mengenali mereka apabila mereka singgah sebentar di rumah kami di Lower Hutt semasa Bersatu Games.


Tiba-tiba, saya teringat kembali pesanan dari seorang sahabat. Dia berpesan supaya jangan mengharap apa-apa balasan apabila membantu orang lain. Lakukanlah dengan Ikhlas. Selain itu, janganlah juga merasa sedih hati atau kecewa bila orang yang kita bantu tidak langsung mempedulikan kita apabila dia sudah terlepas dari kesusahan. Itu adalah lumrah alam.


Bantulah manusia dan lakukan kebaikan dengan niat untuk mencari keredahaanNYA. Jangan ada sedetik di dalam hati untuk mengharap sebarang balasan dari manusia. Ketika meminta pertolongan, manusia ini akan "lembut gigi dari lidah". Manis sungguh tutur katanya. Namun selepas dibantu, jika sudi menghulurkan senyuman atau menyapa kita.. itu sudah memadai. Yang paling menyedihkan ialah jika mereka langsung tidak sudi memandang, malah sanggup pula mengeji. Bukankah ada pepatah melayu, "seperti melepaskan anjing tersepit" dan buat "buat baik berpada-pada"... Fikir-fikirkanlah

Friday, August 8, 2008

Ainul's Look Alike Meter

Inilah keputusan Ujian yang dibuat kepada Ainul



MyHeritage: Family trees

Ainul Mardhiah - UNIC

Semakin Dewasa

Anak-anak semakin besar. Najmi menasihatkan saya, "Papa, I know you always wanna make us happy, but you shouldn't promise anything.. if you're not sure whether you can fulfill it". Saya termenung panjang menelan kata-kata anak yang berumur hampir 7 tahun itu.

Saturday, August 2, 2008

Mud Pool

6 Julai 2008, kami meninggalkan bandar Taupo seawal 8.00 pagi. Sebenarnya jauh disudut hati kami sekeluarga, belum puas lagi menikmati pemandangan indah dan menjelajah kawasan sekitar Taupo. InsyaAllah ada kesempatan dan rezeki, lain kali kami akan datang lagi. Kami berangan untuk memancing dan menjelajah Lake Taupo dengan bot, melihat sekali lagi deruan Huka Fall dan mungkin menaiki helicopter untuk melihat keseluruhan Lake Taupo (Uh !! Mahalnya...). Itu semua adalah angan-angan kami.



Lake Taupo yang tak sempat kami jelajahi
Lake Taupo yang tak sempat kami jelajahi

Mud Pool
Lumpur Yang Mendidih ini .. boleh buat ubat ke ?


Destinasi pertama kami pada hari yang ketiga ini ialah untuk singgah melihat “Mud Pool” di Wai-Otapo. Ianya terletak 50 minit dari Bandar Taupo dan hanya 20 minit dari Bandar Rotorua. Mud Pool yang terkenal ini ialah kawasan tasik lumpur yang sentiasa mendidih. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk lawatan ke Mud Pool ini. Bagus, Ianya percuma. Tetapi jika anda berminat untuk melihat Lady Knox Geyser dan menjelajahi Wai-Otapo Thermal Wonderland, bayaran NZ$27.00 dikenakan bagi dewasa.




Mud Pool
Buat Bedak Sejuk Pun Boleh Kot



Kami hanya meluangkan masa selama 20 minit sahaja di Mud Pol. Bau Sulfur menusuk hidung menyebabkan anak-anak bosan dan meminta agar cepat beredar. Ia bukanlah suatu tempat yang menarik bagi Najmi, Ain, Imran dan rakan sebaya mereka. Hanya mereka yang dewasa sahaja tahu menghargai pemandangan tersebut. Tambahan pula kami kemudiannya berkejar untuk ke Lady Knox Geyser. Kami mesti berada di sana sebelum 10.15 pagi, kerana Lady Knox Geyser akan memancutkan airnya ke udara tepat pada pukul 10.15 pagi setiap hari.



Mud Pool

Sebelum meninggalkan Mud Pool, hati kecil ini berkata, kalau tempat ni ada di Malaysia, pasti sudah habis di timba, buat ubat tradisional ataupun kosmetik kecantikan.