Selepas puas mencari rumah di Wellington City, akhirnya kami mengambil keputusan untuk menyewa di Lower Hutt. Ianya lebih murah.Selepas di campur tolak, kami hanya mampu menyewa rumah dengan kadar NZ$300 seminggu. Kadar sewa di Wellington City agak mahal (NZ$ 400-NZ600 seminggu). Itu belum lagi kos parking. Selepas hampir sepuluh buah rumah, akhirnya kami memilih sebuah rumah di Copeland Street, Lower Hutt. Ianya betul-betul berhadapan dengan stesen keretapi. InsyaAllah, Deb akan ke kelas di Pipitea Street, Thorndon menaiki keretapi. ‘School of Law and Commerce berada betul betul berhadapan Stesen Keretapi Wellington. InsyaAllah kami akan berpindah masuk ke rumah baru ini pada 18 Nov 07.
Pada hari ini Sabtu (17 Nov 07), kami sekeluarga pergi sekali lagi melawat rumah baru ini. Sebahagian dari beg kami pindahkan ke sana. Selepas itu kami keluar membeli pelbagai barang keperluan. Lebih kurang pukul 12 tengahari, kami menerima kunjungan dair Balkish dan Abg Ali. Setelah kami teliti 'garden' di hadapan rumah kami, rupa-rupanya sudah banyak tanaman bunga Ros pelbagai warna sedang kembang segar dan harum wangi. Selain itu terdapat juga pokok epal dan anggur di hadapan rumah. Begitu seronok rasa hati.
Bila kami melawat ke belakang rumah, alangkah terkejutnya kami kerana tumbuhan seperti Pegaga, Limau Purut, Sadri, Rosemary dan Pudina sudah sedia ada di sana. Teringat kembali semasa di Malaysia, kami tinggal di rumah Pegawai Pembangunan pelajar di UiTM Johor. Kebetulan rumah kami di tingkat 1. Jadi kami tiada tempat untuk 'gardening'.
Semoga Allah terus melindungi dan memudahkan perjalanan kami sekeluarga di bumi asing ini. Amin.
puan, what happen to blogspot?
ReplyDeletewah...whata great experience..
ReplyDeleteit's once in a lifetime experience
i hope i will be there also
ehem..ehem..of course studying...
akum en k & pn wan..
ReplyDeleteI see ure having a great time over there.. so i wish all the best n gud luck.. take care...
Happy kids... Balkish dah dapat rumah ke?
ReplyDeletewah, bestnye rumah kak chik, ade garden lagi, nanti jgn lupe upload gambr byk2 k..wah best2..hehe
ReplyDeleteSukanya Abg Hamdi & Sofea dpt tengok gambar Najmi, Ain & Imran..
ReplyDeleteKhairul dan Wan,
ReplyDeleteSaya dapat rasakan apa yang you berdua tengah rasakan. Heh... heh... suka hati saya dan Kak Roza kerana mengikuti ajaran sesat kami.
Enjoy betul-betul!
Moga selamat semuanya.
ReplyDeleteSalam En Khairul and Kak Deb. Terjumpa blog ni masa baca blog Dr Kamil. Saya pun tak pasti samada En Khairul masih ingat saya ke tidak. Tapi, saya pasti ingat coz En Khairul banyak bantu saya dalam mendapatkan data (saya pergi ke Uitm Segamat) semasa saya buat Master di UiTM dulu. Budi yang baik akan sentiasa dikenang. Selamat belajar buat En Khairul & Kak Deb. Semoga bergembira (mcm Dr Kamil cakap) di negara buah kiwi....
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteWahh...nampak beshnya bunga2an tu. Best of luck, agaknya hari tu kita gi kursus asas penyelidikan yang sama ek.
Mahal sangat sewa rumah kat sana. Ada juga terfikir nak belajar kat sana, tapi sewa dan kos hidup kat sana...
ReplyDeleteSalam Khairul sekeluarga
ReplyDeleteSeronok baca posting terbaru..tentang epal, anggur...rajin2le post cerita terbaru, terutamanya tentang pendidikan anak-anak di sana, dan teruja baca tentang library dan playground...kirim salam deb
Wasallam
cantiknya rumah....
ReplyDeleteif you happen to come to auckland (city) for conference or just sightseeing, care to contact.
akmalia
mobile : 0211166544
department of accounting and finance
university of auckland
look forward to exchange ideas with both of you, which i know are very knowledgable and dah banyaaaaak research. see you!
fuiyo,mcm best jek umah baru tu aeh.. hehe.well2,epi to hear dat.;)
ReplyDeleteAssalamualaikum...semoga puan dan en K dan family dilindungi Allah selalu...Aminn...:)
ReplyDeleteW.salam
ReplyDeleteMohon maaf tak dapat balas semua message
Sudah seminggu tidak buka internet.. sebab baru pindah rumah
Belum ada internet connection. (baru sahaja connect semalam)
Buat semua sahabat, terima kasih atas sokongan dan dorongan
InsyaAllah ada umur, kita berjumpa lagi
Make peace, not war!
ReplyDelete47983ed5e6...
ReplyDelete47983ed5e6...