Pada minggu awal di Wellington, saya bersembahyang di Masjid di Kilbirnie. Ada lebih kurang 150 jemaah di situ. Masjidnya cantik walaupun saiznya kecil. Ia terletak di tengah-tengah pekan Kilbirnie. Khutbah dibaca oleh Imam dalam bahasa Inggeris. Selepas sembayang ada Jemaah yang menjual Nasi Beriyani (NZ$7.00).
Pada Jumaat baru ini, saya bersembahyang di Masjid Lower Hutt. Ia terletak 10 minit dari rumah baru kami. Apabila tiba di sana, saya dapati ianya sebuah rumah kedai yang disewa. Terdapat label masjid di situ. Jemaahnya pun tidak ramai. Ada lebih kurang 60 orang sahaja. Kalau di Malaysia, masjidnya besar, indah, lengkap dengan pelbagai perhiasan serta jemaah untuk sembahyang jumaat pun ramai. Di Masjid di Lower Hutt ini ia sebaliknya. Namun begitu, Alhamdulillah fardhu jumaat tetap dilaksanakan dengan sempurna. Hati saya menjadi sayu.
Salam Khairul,
ReplyDeleteWalaupun masjid kat sini banyak yang besar2 tapi yang aktif, boleh dikira dengan jari. Maksudnya, masjid kita masih belum mampu jadi one stop centre. Kalau ikut posting Khairul tentang masjid ni, maknanya kurang le xtvt yang boleh ditawarkan kepada jemaah..kalau terjumpa dengan masjid yang ala2 one stop centre, tulisla kat blog ni, bole berkongsi ide bagaimana nak aktifkan masjid sekitar qariah kita...
Kak Ani..
ReplyDeleteInsyaAllah
Kat Masjid Kilbirnie kira islamic centre, ada kelas ugama untuk anak-anak pada setiap ahad. Kursus Haji pun ada. Tapi kat Lower Hutt, kecil je semua aktiviti akan pergi ke Masjid di Kilbirnie.
erm...betul tu ani...
ReplyDeletekat msia masjid indah2 pon orangnye xde...
satu saf pun x penuh
nak harap bulan ramadhan je
on top of that itu la tande2 kiamat...
orang2 asyik menghias masjid tapi xpegi pon semayang kat masjid....
erm...best betul pengalaman kat negara org
Fazli
ReplyDeleteEsok masa pergi sembahyan jumaat saya bawa kemera. Boleh you tengok bagaimana Masjid yang saya maksudkan,
o0o0o0o....ok
ReplyDeletesporting betul cik k ni...hehe
tapi kan, org2 kat situ pelik tak kalau cik k asyik snap gambo je...
ke diorang dah biase dgn env yg ramai tourist kat sane....