Saturday, November 24, 2007

Makanan Halal di Wellington

Mencari makanan merupakan suatu cabaran bila berada di luar negara. Alhamdulillah, daging halal boleh didapati di beberapa buah kedai di Wellington. Bagi menjimatkan masa, kami di sini mengambil langkah membeli peti sejuk yang besar supaya tidak perlu selalu ke kedai tersebut. Barangan seperti daging lembu, kambing, sosej dan nugget kami beli di kedai ’Wellington Butcher’ di Newtown, Wellington yang jaraknya 25 minit dari rumah kami.



PakNSave

Tempat Kami Bershopping... sementara ada duit

Bagi Ayam, ianya boleh didapati di supermarket ’Pak N Save’ yang ada di mana- mana di sekitar Wellington. Pasaraya ini ibarat Giant, Carrefour atau Tesco di Malaysia. Ia di buka dari seawal pukul 6.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam. Ayam Frozen (berat 5kg) biasanya menjadi pilihan kami. Harganya NZ$24.00. Bagi barangan lain seperti udang, ikan, potato fries,fish fngers dan groceries yang lain semuanya boleh di dapati di pasaraya tersebut. Jaraknya dari rumah kami lebih kurang 300 meter. Cuma pada peringkat awal sampai di sini, saya dan deb asyik membelek satu-satu barangan supaya dapat mengelakkan membeli barangan yang tidak halal. Dengan pertolongan dan panduan dari kawan-kawan seperti Ann dan Farah kerja menjadi lebih mudah



Imran and Sandwich

Mmm. Sedapnya

Nugget dan burger (buatan arab) tak berapa menjadi. Begitu juga kicap ABC buatan Indonesia tidak sesuai dengan tekak Najmi. Puas saya mencari ke Asian Market di Kilbirnie dan Davies Trading di Petone namun tidak nampak bayang kicap ’Cap Kipas Udang’ atau kicap ’Tamin’. Akhirnya deb terpaksa menggunakan ’kreativiti’nya untuk mengubahsuai kicap ’Siam’ bagi memenuhi selera Najmi.



17 comments:

  1. aik...kicap abc sedaplah...
    apsl najmi x suke..
    huhu

    ReplyDelete
  2. Kicap ABC mmg tak sedap he he he... anyway juz to let u know... kalau ada masalah kat nz and uni... u boleh mintak tolong this person, she is a PR of NZ n married to an NZ guy... Hariaty Abu Hassan working at Scholarship dept at victoria uni.... Dia dah tinggal if not mistaken dah lebih 4 tahun.... juz tell her u kawan Mariani... she will be hepi to help M'sian yg dtg ke NZ...

    ReplyDelete
  3. Mariani
    Ok .. Thank you very much for the contact

    ReplyDelete
  4. ye ke Wan ..
    Anak manja aku ni memilih sikit

    he he

    ReplyDelete
  5. haha...silap r tulis wan kt ats...lupe2...
    adik la...
    haha..
    x kira...kicap abc best...
    tanpa kicap abc...nasi goreng ku tidak berperasa..
    wakaka,...
    ma n abah da bace blog abe kerol..
    adik bg link..hehe...

    ReplyDelete
  6. Pada peringkat awal berada di negara org, memang le agak sukar dan mencabar... insya allah..tak lama lagi boleh le adapt to the new environment...

    ReplyDelete
  7. adik ker...
    laa... adik dah nak exam..? alberta tengah winter??
    kat sini weather is getting better... summer!!
    right time to go to beach.. tapi belum sempat, maybe this weekend..

    ReplyDelete
  8. Dalila

    Saya pun harap begitu. Lagi cepat dapat 'adjust' kepada environment di sini lagi bagus.

    ReplyDelete
  9. khairul-adibah sekeluarga,

    saya seronok dengar cerita kalian menempuh pengalaman pertama ( saya agak sahaja!) di perantauan. Mencari makanan halal sememangnya menyeronokkan (bagi saya) ketika belajar di UK dulu. Menjadi rutin bagi kami membelek tin tin di rak supermarket mencari simbol V (sesuai untuk vegetarian) atau halal. Namun kadang-kadang terkena juga.

    Pernah sekali saya beli aiskrim Haagen Dasz berperisa Bailey Irish Cream. Tengok ada simbol V terus baham sambil membelek-belek 'tub' aiskrim. Tengok-tengok ada tertulis kecil, " 5% alcohol"! Terus muntah waktu itu juga!

    ReplyDelete
  10. Iskandar

    Betul iskandar. Ia merupakan rutin kita yang beragama Islam. Bila semua stok makanan di dalam fridge dan dapur dah penuh baru lega rasa hati..

    ReplyDelete
  11. a'kum...angah just leave message kat e-mail along apa yg angah perlukan dari M'sia... nanti insyaallah along poskan..
    Kesiannya ami makan kicap abc tu..
    Kalau mak long boleh kurus kut kalau duk kat sana., agaknya..
    Hopefully ami enjoy going to the new school...

    ReplyDelete
  12. akum..
    kak deb...
    nanti tentu pandai masak..
    belajar tau..rugi tak belajar..
    apa pun selamat belajar both of you...

    ReplyDelete
  13. junita,
    thank you..

    ReplyDelete
  14. wah sampai camtu susah ke nak cari makanan halal...
    erm...bahaya jugak camtu

    ReplyDelete
  15. Junita
    Kalau ada resepi yang senang2 email lah kat kami ni.. Kalau boleh resepi Ikan Siakap masak 3 rasa hari tu..

    ReplyDelete
  16. Enjoy your stay in wellington.. sy pernah belajar di victoria uni dari 1984-1986..Those were the days.. Ramai jugak students melayu masa tu di sana, more than 70. Teringin juga nak ke sana lagi..

    ReplyDelete
  17. Ну очень познавательно, как вам так удаётся всё подмечать?

    ReplyDelete