Monday, November 5, 2007

Kehidupan Baru di Bumi Kiwi

Penerbangan dari KLIA ke Auckland berlepas tepat pada pukul 9.15 malam. Bermulalah perjalanan kami sekeluarga ke Bumi Kiwi. Ramai sungguh ahli keluarga yang bersusah payah datang menghantar kami. Prof. Kamil dan keluarga pun turut menghantar kami. Rasanya masa begitu cepat berjalan. Tiba-tiba sahaja masa untuk berlepas telah hampir. Tidak puas rasanya untuk bertemu dan berbual-bual dengan keluarga dan sahabat.



Auckland Airport

(Ain, Najmi dan Imran - Auckland Airport).

Penerbangan kami tiba pada pukul 12.30 tengahari (Waktu NZ) selepas 9 jam 45 minit penerbangan. Setibanya kami di Auckland, kami bertolak ke Wellington menggunakan domestic flight Air New Zealand, iaitu selepas pemeriksaan kastam. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun pihak kastam memeriksa dengan teliti barang barang yang kami bawa. Semua barang makanan di periksa satu persatu. Kami tiba di wellington pada pukul 4.30 ptg. Anak anak pada masa tu dah bosan menaiki kapal terbang. Mereka terlompat-lompat kesukaan bila tiba di Airport.



drummond

(with Kakak Noha and Farah)


Staf dari Victoria University sudah sedia menanti setibanya kami di sana. Selepas tu, kami terus pergi ke rumah Farah (pelajar malaysia) di Drummond St. Sampai sahaja, semua rakan-rakannya (antaranya Noha, Nash, Huda, Zi & etc)  sedia menyambut kehadiran kami. Kami dijamu dengan pelbagai hidangan seperti nasi ayam, soto, karipap, samosa.. dll. Turut serta ialah seorang rakan yang lain (Ann Soraya) yang sudah siap membelikan pelabagai keperluan & makanan untuk kami sekeluarga (spt roti, susu, telur..). Satu jam selepas itu lebih kurang pukul 6. Fatma Zuharah, Nik dan Abg Sufian datang membawa kami ke rumah pelajar post-grad (Abg Sufian). Di sana kami diperkenalkan dengan keluarga-keluarga  Malaysia yang lain. Ada lebih kurang 10 keluarga yang  datang menyambut kami. Kami siap bersembahyang berjemaah di rumah abang Sufian sebelum menyambung makan malam (menu mee kari, nasi campur, .. dan banyak2 lagi.


Malam itu kami sekeluarga tidur dengan penuh kesyukuran kepada Allah kerana memudahkan perjalanan ini. Semoga hari yang mendatang terus di permudahkanNYA..


5 comments:

  1. Tak sangka Khairul yg saya kenal masa BAcc dulu dah pun sampai ke bumi kiwi. Alhamdullillah semuanya selamat. Doa saya semoga semuanya berjalan lancar dan semoga Khairul suami isteri berjaya dengan cemerlang dgn gelaran 'Dr'.

    ReplyDelete
  2. Iza,
    terima kasih.. lama tak dengar berita dari kawan-kawan semasa BAcc dulu. Apa khabar ?

    ReplyDelete
  3. Khairul...

    Sihat Alhamdullillah. Contact few people je. Kebanyakan lost contact, dapat tau abt you pun through Prof Kamil's blog.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.

    Alhamdulillah...saudara sekeluarga selamat sampai ke destinasi. Semoga pembelajaran saudara suami isteri serta anak2 berjalan dengan lancar dan kembali ke malaysia dengan Dr. kelak.

    Kami sekeluarga mendoakan semoga semuanya selamat sejahtera dengan harapan saudara suami isteri akan kembali ke malaysia kelak untuk menyambung semula jihad mendidik anak bangsa menjadi umat yang berguna.

    Ikhlas dari
    Mohd Yusof Mustapa
    Kursimah Harun
    UiTM Johor

    ReplyDelete
  5. W..salam

    Terima kasih en. Yusof dan Puan Kursimah atas dorongan dan doa yang diberikan

    ReplyDelete