Sunday, November 25, 2007

Najmi Mula Bersekolah

Epuni Primary School

Inilah Sekolah Baru Najmi

Pada hari Isnin minggu lepas, saya mendaftarkan Najmi bersekolah di Epuni Primary School. Guru besar membawa Deb dan Najmi melawat ke kelasnya semasa saya sibuk mendaftarkannya. Saya sibuk bertanyakan baju ’uniform’, buku teks, yuran dan banyak lagi semasa mendaftarkannya. Yang menariknya, tiada baju uniform, yuran atau buku teks perlu dibeli. Apa yang perlu di bawa ialah buku tulis, alat tulis dan bekal makanan. Saya dimaklumkan bahawa terdapat ramai pelajar dari pelbagai negara tetapi Najmi ialah satu-satunya pelajar Malaysia yang bersekolah di situ.



Pora

Najmi dan Pora

Najmi mula bersekolah pada keesokan harinya. Guru kelasnya ialah Miss Trouttman. Di kelasnya terdapat pelbagai kaum. Ada 25 orang pelajar di kelasnya. Kelas bermula pada pukul 8.50 hingga 3 petang. Setiap hari saya akan membekal makanan untuk tengahari. Berbuih mulut saya memesan Najmi agar makanan yang dibekalkan sahaja. ’Jangan makan makanan kawan-kawan yang lain. Najmi pun dah berbuih mulut mengatakan ’Ya, Saya Faham’ setiap kali saya berpesan. Saya tahu dia faham, tapi saya takut jika ada kawan-kawan yang mempelawanya, dia akan lupa segala pesanan saya. Selepas 5 hari Najmi bersekolah, saya lega kerana mendapati semua pelajar hanya dibenarkan makan makanan masing-masing.



Depan Kelas Najmi

Depan Kelas Najmi

Kini sudah lima hari Najmi bersekolah di situ. Semoga Najmi cepat menyesuaikan diri dengan sekolah barunya dan bergembira bersekolah di sini.




6 comments:

  1. Bestnya Ami dah pergi sek. baru.. Suka tengok gambar Najmi & Ain depan sek.. nampak sgt2 happy.. Take care!

    ReplyDelete
  2. Ha ah.. Kak Na, diorang memang happy sungguh skolah kat sini. Main banyak kot.... Najmi dah terer main kriket.

    ReplyDelete
  3. hehe..comelnya najmi ngan pora? kawan baru ke? hehe

    ReplyDelete
  4. waaa...bess tu citer..hahah..terhibur la baca kisah abe kerol, kcik & family..hehehehe...

    ReplyDelete
  5. Iqwa,
    bila nak mai sini

    ReplyDelete
  6. sy akan dtg insya Allah sebelum puan wan abis belaja.. boleh tumpang tido.. ;)

    ReplyDelete