Sudah lebih sebulan kami berada di Malaysia. Rasanya baru minggu lepas tiba. Cepat sungguh masa berlalu. Ada baki beberapa minggu sebelum pulang semula ke Wellington. Alhamdulillah semua tugas berjalan mengikut jadual. Harap semua data yang diperlukan dapat di kumpul sebelum pulang ke Wellington.
Blog ini pun tak sempat di update. Bila berjumpa dengan sahabat-sahabat, ramai yang bertanya tentang kehidupan di New Zealand. Jawapan saya ialah "Malaysia lagi best". Bila dihurai dengan lebih terperinci, saya buat kesimpulan bahawa belajar PhD di NZ lebih mudah dan fokus, cuma kehidupan lebih mencabar". Mana tidaknya, tiada bantuan bibik dan ahli keluarga yang lain jika ada masalah. Macam mana penat pun balik dari Uni, mahu tidak mahu kena masak juga. Jika tidak alamatnya kelaparanlah semua. Mungkin kenyataan ini sesuai bagi kami yang kedua-duanya sibuk belajar.
SALAM KHAIRUL..
ReplyDeletepejam celik pejam celik dah sebulan lebih ye kat m'sia.
dah makan ke semua makanan yg susah nak dapat di NZ?
jgn kempunan nanti..
kami sekeluarga akan bercuti ke auckland next week selama seminggu.
tp masa tu awak n family masih di m'sia.kalau tidak buleh kami hantarkan kicap kipas udang kegemaran anak2..hehe
salam utk deb,najmi ainul dan imran yer
Irfa,
ReplyDeleteSelamat bercuti!!
Terima kasih atas ingatan :)
betul..betul..tu KA..
ReplyDeletebukan kat oversea jer hidup macam tu KA, kitaorang kat malaysia ni pun sama.. Lepas keja terus balik ruimah, masak... jarang makan kat luar.. tiada bantuan bibik at all, semua urus sendiri.. alhamdulillah, Allah memudahkan urusan.. Balik pukul 6 pun, insya Allah sempat makan sebelum maghrib.. He he he...
ReplyDeletemm bole jelaskan lebih lanjut.. mengenai kata u "PhD di NZ lebih mudah dan fokus" harap u bole terangkan sebab i nak buat phd but tak tahu di mana lagi .. samada dlm msia or oversea.
ReplyDeleteThanks
hmm...
ReplyDeleteBanyak sebab saya mengeluarkan pendapat tersebut.
Mungkin sahabat2 di Malaysia boleh bantu memberikan pendapat mereka.
Ia hanya pendapat saya dan beberapa rakan sahaja.
mungkin bole sekiranya u jelaskan beberapa sebab, saya amat berterima kasih sekiranya u dpt menerangkannya...
ReplyDelete