Thursday, July 23, 2009

Menunai Janji (3)

Ainul menangis. Barulah saya sedar anak perempuan kesayangan kami juga mahukan permainan elektronik seperti Najmi dan Imran. Saya baru sedar bahawa saya telah membelikan pelbagai permainan elektronik untuk Najmi seperti PS1, PS2 dan PSP. Untuk Ainul saya hanya belikan sebuah komputer desktop sahaja. Itupun kebanyakannya digunakan oleh Najmi dan Imran.Saya berjanji kepada Ainul akan belikannya Wii pada minggu hadapan bila kami pergi 'collect data' di KL.

Pada sangkaan saya, anak perempuan tidak sukakan permainan elektronik. Saya sudah tersilap. Saya sepatutnya bertanya kepada Ainul. Jangan assume sahaja. Seminggu selepas itu, saya dan Deb ke KL semula untuk pengumpulan data. Kami singgah di Digital Mall untuk membelikan Wii Ainul. Kali ini, kami pilihkan beberapa permainan yang bersesuaian dengan kanak-kanak perempuan. Apabila saya bawa pulang, Ainul sangat gembira. Najmi dan Imran terpaksa berbuat baik (bodek) dengan Ainul untuk bermain Wii baru Ainul. ha ha

11 comments:

  1. bagus²..baru lah adil en.k..kesian ainul..lepas ni saya pun nak berbuat baik dgn dorg supaya dorg blh pjmkan saya plak..hahahaha

    ReplyDelete
  2. shaifa,
    sentiasalah berbuat baik dengan orang,
    jangan harapkan apa-apa,
    barulah ikhlas dalam perhubungan,
    jangan bila nak kan sesuatu baru baik.. Haha

    ReplyDelete
  3. salam khairul..
    oh pasal tu ker?
    sib baik papa cepat perasan.
    kalau tidak berendam air matalah anak dara tu

    jgn berebut smpi gaduh dahlah yer

    ReplyDelete
  4. bagus2 khairul.. kesian Ainul.. tapi Wii tu apa bendanya!? hahaha..aunty nija pon tak tau, Ainul.. hebat sungguh budak2 zaman sekarang ni!

    ReplyDelete
  5. aiseh.. nampaknya saya terpaksa pegi berbuat baik dengan diorang2 ni jugak nanti bila korang balik sini semula... heheh (dengan muka tak malu)

    ReplyDelete
  6. Salam Zen & Anija
    nanti kalau datang rumah,
    kita boleh main Wii ok.

    ReplyDelete
  7. Salam Khairul, Wii kat sana berapa? Lagi murah dari NZ ka? Wa syok la Najmi, Ainul dan Imran.. papa depa beli macam2..

    ReplyDelete
  8. Salam Muddy,
    Wii basic (console + 1 controller + 1 Nunchuk) = RM 750.
    Additional 1 set (controller + nunchuk) = RM 150
    Mungkin di NZ lebih murah, tapi di M'sia sudah modified.

    ReplyDelete
  9. Kira2nya Malaysia lagi murah le...NZ dollar dah naik!

    ReplyDelete
  10. wahhaahaha..wii..best2
    bli rockband la plak..guitar hero ker..
    da besar jd mcm uncle din..hahaa..compose lagu..

    ReplyDelete
  11. senyum saje la cik adik ni dpt wii

    . :)

    ReplyDelete