Friday, July 17, 2009

Menunai Janji (2)

Berjanji dengan anak mestilah dipenuhi. Saya selalu berkata dengan Najmi, bahawa 'bila balik Malaysia nanti, papa akan belikan PSP untuknya'. Bagi Najmi, dia bersabar menunggu hari tersebut tiba. Saya tahu dia berminat untuk memiliki permainan tersebut. Tambahan pula Abg Hamdi (sepupu) dan Danish (rakan) memiliki permainan tersebut. Dia tidak pernah meminta. Saya yang bertanya kepadanya. Tidak pernah Najmi merengek meminta saya membelikan permainan tersebut. Dia faham dengan sebab dan musabab saya menangguhkan pembelian tersebut sehingga ke Malaysia.

Najmi pernah mencadangkan agar saya menjual PS2 miliknya sebagai modal untuk membeli set PSP idamannya. Namun saya menolak. Walaupun harga di NZ jauh lebih murah, namun PSP yang dijual di Malaysia jauh lebih canggih. Ia telah diubahsuai bagi membolehkan pengguna mendapatkan manfaat yang maksima [sebab sebenar tidak boleh dinyatakan disini]. PSP ini ialah hadiah saya kepada Najmi kerana menjadi anak yang baik, dan sering membantu kami menjaga Ainul dan Imran semasa kami sedang sibuk belajar. Dia menjadi lebih matang dari usia sebenarnya.

Apabila saya bawa pulang PSP untuk Najmi, Ainul menangis, dia bersedih.. [bersambung]

3 comments:

  1. waaaah..najmi dpt PSP seh..bestnyer..Najmi blh pjm tak? Good boy lah Najmi. Kecik² dah pandai bersabar. Kan betul setiap kesabaran pasti ade hikmahnyer. Yeay to Najmi..

    ReplyDelete
  2. salam..
    wah seronoklah abg najmi.
    tp kenapa pulak little ainul bersedih?

    ReplyDelete
  3. khairul
    salam shaifa dan irfa.
    harap sukses sentiasa

    kisah bersambung

    ReplyDelete