Tuesday, July 14, 2009

Asset Negara

Saya antara yang tua. Hati kecil saya tidak berhenti berkata-kata setiap kali saya mengisi borang kehadiran kursus BTN. Mata kecil saya terbeliak bila melihat majoriti peserta kursus terdiri dari mereka yang mempunyai kad pengenalan bermula dengan nombor 83, 84, atau 85.

Sedang layan lagu patriotik

Jarang-jarang sungguh mereka yang berumur 30an ditemui dalam kursus ini. Apabila saya berada dalam kumpulan kecil, alangkah terkejutnya saya bila menyedari hanya saya seorang sahaja yang berusia 30an. Majoritinya berumur 25,26,dan 27 tahun, tapi akan memulakan pengajian PhD tidak lama lagi. Saya insafi diri saya. Kumpulan adik-adik ini adalah pelajar-pelajar terpintar dari seluruh negara. Hampir semuanya mempunyai ijazah sarjana dan mendapat kelas pertama dalam ijazah pertama mereka samada di dalam atau luar negara. Mereka adalah aset negara yang amat berharga. InsyaAllah dalam tempoh 3 tahun akan datang, IPTA akan dipenuhi oleh Dr.-Dr. muda berusia 28, 29 atau 30 tahun.

Saya doakan kita semua berjaya dengan cemerlang. Amin

7 comments:

  1. saya doakan jugak en.K n pn.Wan berjaya..

    ReplyDelete
  2. KA,

    Diorang panggil kau 'Abang' ke 'Pakcik' ?

    ReplyDelete
  3. umur tak penting..yg penting semangat untuk terus menimba ilmu...
    huhu....
    mg en k sentiasa berjaya...;-)

    ReplyDelete
  4. hehehe. ala kita org takde pape la. we are happy that we all have u in our group. (hhaha... jauh beza kita org yang tak tau ape2 ni with you in terms of knowledge and current issues.) =p byk yang kita org belajar. good luck to you too!

    ReplyDelete
  5. Cik K,
    ...at least masih lagi early 30s... bukan LATE 30s..hahaha

    ReplyDelete
  6. encik,
    to me age does not matter la.
    frankly, we as ur student pon tak rasa ade age gap when we were either with u or puan wan. u treated us more to being friends. that's what we love about u both and most of the itm segamat lecturers;) err.. m i out of the topic? hehe. as a conclusion, u guys rock!

    ReplyDelete
  7. Salam semua,
    Terima kasih atas sokongan dan galakan. Saya dan pn Wan sungguh terharu. Kepada semua murid2 saya, cepat pergi sambung belajar buat ACCA, Master @ PhD. okay. Sekarang ni sedang banyak scholarship .. Jangan lepaskan peluang.

    Kepada Muna,
    Keep in touch.

    ReplyDelete