Makan kat Restoran Sham, Kota Bharu, bersama Atuk & Nenek
Bagi Najmi, Ainul dan Imran, mereka menikmati percutian menarik di Malaysia. Mereka sangat gembira bercuti di rumah Opah (Lumut) dan rumah Nenek (Kota Bharu). Ketiadaan saya dan Deb tidak menjadi masalah kepada mereka. Mereka sedar bahawa bahawa rumah Opah dan Nenek adalah rumah mereka juga.
Tempe Goreng Kg Jawa, Segamat, Johor
Kueteaw Soto Kg Jawa ini di taja oleh Suhaidi & Noriah
Terima kasih Prof atas nasihat dan layanan mesra + banyak berbelanja untuk kami
Deb bersama Pn Nor Aliya Yeoh.. (Penceramah Islam Agama ku)
Hati kami menangis mendengar kisah pengalaman beliau mencari Tuhan
Saya dan Deb sempat pulang ke Segamat beberapa hari. Kami sempat mengadakan perbincangan dengan En. Halim Kadri dan juga Prof. MKI. Terima kasih kepada mereka berdua atas input-input yang diberikan.
Makan-makan bersama Pn Zalina, Pn Azizah, Azura dan staf UPK
Berkelah sambil makan durian (dalam gambar Pn Nur Aliya, Kak Roza, Prof MKI dan Deb)
Selain itu sempat juga berjumpa dengan beberapa sahabat di UiTM Segamat. Namun ramai lagi sahabat yang tidak dapat jumpa, mungkin disebabkan ramai yang sedang bercuti atau sibuk dengan peperiksaan intersessi.
(Dari Kiri) Was Asma, Deb, Datin Aryani, Saunah, Fizah, Emalin, Kak Nadzira, Zarina
Terima kasih juga kepada Kak Dira kerana buat kek Prune special untuk kami. Kepada Pn Zalina, Kak Roza, Kak Ayu, Kak Rina, Bazri, Suhaidi, Noriah, Emelin, Datin Aryani, Kak Fizah, Kak Saunah, Zarina, Wan Asma dan semua rakan2 yang tertulis di sini, ribuan terima kasih atas layanan mesra. Kepada sahabat yang tak sempat kami temui, kami mohon maaf. Kalau nak belanja kami, nanti kami datang lagi sekali .. he he
Salam Khairul...
ReplyDeleteJgn tunjuk lebih2 sgt makanan2 kat sini nanti kesian member2 Welly. Meleleh air liur pulak!
wow..rindu nak balik segamat...cik k kim salam kat lecturer akaun disana..
ReplyDeletemis u all...
salam kenal dr saya..
ReplyDeletepertama kali jengah ke sini.itupun setelah suami bgtau ada cerita mengenai auckland di sini..tp belum sempat khatam lagi.
anyway..selamat kembali ke malaysia.
salam Sham, Pojie and Irfa.
ReplyDeleteTerima kasih atas comment diatas.
Semoga berjumpa suatu hari nanti
Salam En K dan Pn Wan,
ReplyDeleteSeronoknya En K sekeluarga pulang ke Msia..menghabiskan masa bersama yang tersayang dan inilah juga masanya melepaskan rindu pada makanan Msia:) Semoga cuti En sekeluarga berjalan dgn lancar ye..
Semua lecturer2 kami maintain comel2 lagi:) rinduuunye
Rindu soto kg jawa jg!!!
Salam,
ReplyDeletegmbr makan ikan bakar tu, mcm kat benteng segamat jer. ekeekek. yela, tak baik membazir.
btw, impian cik K dulu, nmpknya tak kesampaian...tp tak tau la kalau ade wakil lain. mst cik K dh lupa:
"kalau ade student saya jadi gabenor bank negara, nnt dh sign duit tu, bagi la, walau RM1 je kat saye...". sape ade jd gabenor? hehehe
Ikan bakar tu kat Duyong, Melaka.. sangat istimewa tempatnya, untuk sesiapa yang suka fresh seafood! Selain ikan bakarnya, butter prawn dan ketam black pepper nya boleh tahan.
ReplyDelete