Thursday, June 11, 2009

Najmi, Ain & Imran .. mula bercuti

Selepas sehari suntuk menghadiri symposium di Auckland University, kami kemudinnya berangkat pulang ke Malaysia pada keesokan harinya. Alhamdulillah, kami selamat tiba di KLia pada pukul 8.30 malam. Penerbangan 11 jam dari Auckland memang memenatkan. Sepanjang dalam penerbangan Najmi, Ainul dan Imran sibuk bermain dengan alat hiburan yang ada. Maklumlah sahajalah anak-anak zaman digital. Saya pulak sibuk makan. Ia mengembirakan saya. Bila Imran atau Ain tak makan makanan mereka, saya mengambil initiative untuk menghabiskannya... ha ha. Membazir itu amalan syaitan..

Posing kat AU - rasa muda pulak

Sempoi... pakai seluar jean je pergi symposium

Cuaca di KLIA semasa kami sampai agak sedikit panas. Tapi kami sekeluarga buat-buat relaks je. Seronok rasa badan bila berpeluh dan seronok sangat dapat lari dari kesejukan tiupan angin kutub selatan. Bila kami keluar dari balai ketibaan, semua ahli keluarga telah sedia menunggu kami. Najmi, Ainul dan Imran pada awalnya excited bila nak jumpa Opah dan Nenek. Tetapi lepas itu malu-malu, sebab semua orang senyum-senyum bila dengar diorang bercakap. Mereka dah tak fasih sangat cakap melayu. Lepas ni Opah dan Nenek kena cakap ‘omputih’ dengan cucu mereka.. ha ha...

Tempat pertama yang kami tuju iala KFC KLIA. Apalagi untuk menikmati kelazatan ayam sehingga menjilat jari. Tapi rasanya gak berlainan. Mungkin produk baru kot. ... Oh ya... sekarang ni Najmi, Ainul dan Imran ada kat Lumut, Perak. Opah, Atuk, Cik Su, Cik Dan dan Maklong yang jaga mereka. Minggu depan mereka akan di’post’kan ke Kota Bharu pulak. Giliran nenak dan atuk untuk jaga mereka pula. Saya dan Deb pula berdua-duaan di Lembah Kelang kerana tugas. Nampaknya dalam dua bulan ni atuk, nenek dan opah semua akan kepenatan sebab jaga cucu mereka. He.he.. Berbeza dengan beberapa tahun yang lepas, ada Bibik Tursiyah yang akan sentiasa ikut bersama..

7 comments:

  1. Alhamdulilah, dah selamat tiba ke tanah air.. panas tak Malaysia ni? hehehe.. Anak2 kami pon ada kat Perlis, sebab nak bermesra dgn maktok TokYah, last week diorang kat seremban rumah Atok dan Wan.. dah tak lama lagi kami nak berangkat tapi masih banyak yg belum diselesaikan.. ok, Khairul, Deb, kalau ada masa datangla rumah..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..syukurlah En K dan puan selamat tiba ke Malaysia..semoga dapat merasai keseronokkan bersama keluarga di tanah air..:)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah selamat tiba En K sekeluarga ke Msia..Happy n enjoy ur holiday di samping menyelesaikan tugasan yang perlu =)

    ReplyDelete
  4. Salam Khairul.

    Alhamdulillah dah sampai dah. Boleh bagi no hp semasa di Malaysia.

    ReplyDelete
  5. Salam En Khairul.. saya sekarang ni baru tamat sem 1 master accounting di uitm shah alam. Rasa sungguh bersemangat bila membaca perkembangan pelajar PHD di oversea pulak tu... semoga berjaya dan doakan juga kejayaan saya di sini. Kalau tak keberatan, bleh saya tau En Khairul & Pn Deb ni lecturer accounting & bidang accounting jgk ker mcm saya..?

    ReplyDelete
  6. Bila nak contact ni? Lama dah tunggu....

    ReplyDelete
  7. Salam Anija, Padnani, Huda, En. Halim, Engku Artini & Dr. Bahrin

    Anija: Selamat berkemas dan bertolak ke Dunedin. Jemput datang ke Welly nanti.

    Huda: Terima kasih. Dimana sekarang

    PadNani : Terima kasih. InsyaAllah saya akan melawat PadNani di Dubai satu hari nanti.

    En. Halim : Terima kasih atas input semasa perbincangan baru-baru ini.

    Engku Artini: Saya doakan kejyaan Engku. Sambung PhD pula selapas ini ok.

    Dr. Bahrin : Tahniah dari kami sekeluarga. Sebenarnya kami takut nak jumpa Timbalan Dekan Fakulti Undang-Undang ni.. Ha ha.. InsyaAllah Isnin nanti saya ada di Shah Alam.

    ReplyDelete