Thursday, June 4, 2009

Camar Yang Pulang

Sebentar lagi kami sekeluarga akan meninggal kota Wellington. Kerinduan pada keluarga di Malaysia berada di puncaknya. Anak-anak pun sudah tidak tahan lagi. Mereka begitu teruja untuk pulang. Najmi tidak boleh tidur malam tadi. Mungkin dia teringatkan abg Hamdi dan Cik Cu (Firdaus). Mungkin juga dia tidak sabar saya membelikan PSP atau Wii yang baru.. ha ha

Lukisan di atas lantai garaj ini menggambar kerinduan anak-anak

Najmi dan rakan-rakannya

Semalam saya datang mengambil Najmi dan Ainul di sekolah. Najmi mengambil gambar rakan-rakannya. Selepas itu dia bergambar pula dengan rakan-rakan dan guru-gurunya. Ronnie dan Ibunya menangis kerana hendak berpisah dengan Najmi. Guru-gurunya sedih terutama Mrs. Skippers. Beliau ialah guru kelas Najmi tahun lepas, dan tahun depan Ainul akan masuk ke kelasnya. Dia memeluk erat Ainul. Dia Nampak sedih tapi mendoakan Najmi dan Ainul untuk bergembira di Malaysia.


Ainul sangat gembira di sekolah ini

Najmi and the girls

Walaupun kami hanya akan pulang selama 2 bulan, nampaknya kesedihan turut dirasakan oleh anak-anak. Betullah kata orang, Kiwi (New Zealander) adalah orang yang sangat baik. Mereka sentiasa mengalu-alukan tetamu. Tiada racist di Wellington. Berbeza dengan Negara jirannya yang terkenal dengan pelbagai jenis racist seperti anti asia, anti muslim dan pelbagai anti anti lain ... DI sini keadaannya berbeza, kami sungguh selesa dengan penduduknya. Kadang-kadang layanan baik itu, mungkin boleh saya katakan lebih baik dari di Malaysia lagi ... (pendapat peribadi).

Bersama dengan guru dan office staff

Mrs. Skippers sangat sayangkan mereka berdua

Abg Niklin dan Zaidi, akan mengambil kami dirumah dan menghantar ke Airport. Kami akan singgah di Auckland selama dua malam. Saya dan Deb akan menghadiri Quantative Accounting Research Symposium anjuran Auckland Univeristy. Beberapa minggu yang lepas kami menerima jemputan untuk menghadiri Symposium ini, dan kebetulan pula tarikhnya 5 Jun 2009, iaitu sehari sebelum berangkat pulang ke Malaysia. Kami kemudiannya menukarkan tiket kapal terbang Wellington-Auckland dari 6 Jun ke 4 Jun. Symposium satu hari ini diberikan percuma kepada kami semua peserta. Mungkin sebelum ini, VUW telah menganjurkan PhD Colloquium dan pelajar dari university lain di jemput secara percuma. Mungkin juga.. inilah win-win situation.

6 comments:

  1. Selamat pulang ke tanahair tercinta... bestnyerr!!!!!

    ReplyDelete
  2. salam..
    baju ainul sama dgn salah sorang 'the girls' yang bergambar dgn najmi.. he he he..

    ReplyDelete
  3. selamat kembali ke tanah air cik k sekeluarga....;-)
    mg bergembira sepanjang 2 bulan di malaysia. Contact2 la nanti bile da tibe...
    hapy holiday!

    ReplyDelete
  4. selamat pulang khairul, deb dan anak2.. kami tunggu di SP ya.. :-)

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..

    semoga En K dan Puan Wan sekeluarga selamat sampai ke Malaysia...:)

    ReplyDelete
  6. Salam Asiah, Reen, Pojie, Anija, Huda
    Terima kasih, kami telah selamat sampai di Malaysia. Cuaca sangat baik dan anak-anak pun gembira.

    ReplyDelete