Saya sudah lebih 15 tahun memandu kereta, akhirnya minggu lepas saya GAGAL ujian praktikal memandu bagi mendapatkan lesen New Zealand. Saya pulang ke rumah dalam keadaan tidak percaya, terpinga-pinga, kecewa, malu yang amat sangat, sedih, geram, dan pelbagai perasaan lain. Perasaan bercampur-campur seakan-akan rojak mamak (Mastan Ghani Telok Intan Perak).
Ujian memandu di NZ ni mementingkan faktor keselamatan dan memandu mengikut situasi. Kalau hadlaju 50 kena bawa antara 45-50 km/j. Kalau bawa lebih dari itu , terus FAIL, dan kalau bawa kurang dari tu, kena tolak markah. Markah lulus ialah 80. Saya sungguh stress.
Saya gagal disebabkan tidak BERHENTI SEPENUHNYA di tanda 'STOP' dan kerana suka bermain dengan 'CLUTCH'. Saya 'blur' dan 'sangat geram'. Tester tu suruh datang ambik lagi sekali dan nasihatkan supaya bawa kereta automatik. Terpaksalah minggu depan mencari kawan-kawan yang sudi meminjamkan kereta mereka. hu huh ..
Kalau sempat minggu depan nak ambil ujian sekali lagi. Kalau lulus ujian ni, saya akan jadi pemandu yang paling berhemah sekali. Tapi kalau balik Malaysia, mesti sentiasa kena hon dan maki hamun, sebab slow sangat..
Semoga kisah yang mengaibkan ini, dapat dijadikan pengajaran oleh semua sahabat yang akan mengambil ujian supaya lebih berdisiplin ketika mengambil ujian...
Salam Khairul.
ReplyDeleteBersabarlah. Semoga lulus dalam ujian memandu minggu depan. Sayapun pernah tak lulus ujian memandu pada tahun 1992 dulu.
wah...entri yang penuh emosi...
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteEn K..
Semoga terus mencuba..gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya...:)
Lesen dah tamat tempoh ke? Kan lesen msia boleh guna 1 tahun. Ujian teori macam mana. ini email aku: ridzuan.hashim@aut.ac.nz
ReplyDeleteseperti kata kak deb, sungguh beremosi entry ini.. hehe xpe xpe buleh try lagi lain kali..
ReplyDeleteBiar lambat.. asal selamat
ReplyDeletesekali kegagalan tidak bermakna akan terus gagal.. terus berusaha pasti jaya akhirnya.. dan yang penting kena kawal emosi.. sebab ikut rasa binasa ikut hati boleh mati, jadi ikut ler IMAN.. he he he..
ReplyDeleteAngah...cool...Bawak kereta slow2. Ikut la papan tanda kat tepi jalan. Try sampai lulus. Mesti boleh punyeTapi, balik sini, mesti gian nak tekan minyak jer kan???
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteCobaan....
Salam En. Halim, Huda, Ridzuan, Zen, Intan & Wati,
ReplyDeleteTerima kasih atas sokongan dan dorongan. InsyaAllah lain kali akan cuba lagi sehingga berjaya... Jika tidak, kami anak beranak kena jalan kaki je sebab lesen Malaysia ni laku satu tahun je ..