Tuesday, October 7, 2008

Aku Mahu Terbang Bebas

Sudah hampir dua minggu, kami tidak ke office. Kali terakhir ialah pada 26 September iaitu hari di mana Deb membentang proposalnya. Selepas itu kami beraya sakan. Semalam, saya kembali ke office untuk hantar draft yang dijanjikan kepada supervisors. Kebetulan ada pembentangan dari Prof Stephen, saya pun join sekali.



Di tempat seminar tersebut, Prof Tony (main supervisor)  menyapa sambil bertanya khabar, saya dengan senyum lebar mengatakan 'gooood'. Hati tersenyum berkata, "dia ni tidak sedar langsung atau mungkin tidak mahu tahu tentang 'ketidak-beradaan saya di pejabat... ha ha". Itulah yang paling saya suka tentang supervisor saya. Yang penting bagi beliau ialah saya perlu menghantar seminggu lebih awal bahan-bahan yang akan dibincangkan dalam diskusi setiap 2 minggu sekali. Saya bersyukur kepada Allah kerana dipasangkan dengan beliau.



Ketika di Malaysia, saya menyedari kekangan yang akan dihadapi, teruklah saya jika supervisor mahu saya berada setiap hari di pejabat. Bagaimana nak menguruskan persekolahan dan makan-minum 3 orang anak. Sejak dari Malaysia saya berdoa kepada Allah agar dipermudahkan jalan yang akan kami lalui. Teringat kembali, pertemuan pertama saya dan supervisor 6 bulan lepas, beliau bertanya sambil merekod pelbagai persoalan seperti biasiswa, sumber kewangan, tempoh pengajian, pengetahuan statistics, econometrics, family, study style dan banyak lagi. Bila saya maklumkan bahawa saya lakukan pembacaan saya di rumah dan dan beliau bersetuju jika saya boleh melakukannya dirumah, disamping dapat berjimat tentang tambang pengangkutan yang sangat mahal. Saya bersyukur kepadaNya.



Dalam perbualan dengan rakan-rakan di hari raya. Ada pelbagai cerita menarik dan pelbagai expectation tentang supervisor. Ada pelajar yang mahu diberikan sepenuh perhatian dan ada yang mahu terbang bebas. Ada juga perang berdarah, berairmata besar yang timbul, mana tidaknya pelajar mahu terbang bebas sedangkan supervisornya menyemak keberadaan pelajar 4 kali dalam satu hari...

No comments:

Post a Comment