Imran suka bermain sendirian dan bermonolog dengan diri sendiri. Imran tidak akan mempedulikan kekecohan dan keseronokan anak-anak lain bermain. Dia akan bermain apa yang dia suka sahaja, seperti puzzle dan papan gelongsor. Selain dari Faris, Imran mempunyai “imaginary friend” sendiri. Kadangkala kami bertanya, dia bercakap dengan siapa, dengan pantas dia menjawab “Ben 10”.
You eat to much, look your tummy.
Selain itu, Imran sudah mula mengenal huruf dan nombor. Hampir setiap petang Imran akan menonton cartoon seperti 'Numberjack' dan 'Word World'. Dari situ dia menangkap pengetahuan tersebut. Namun percakapannya masih belum begitu jelas. Kadang-kadang boleh difahami, kadang-kadang tidak.
No comments:
Post a Comment