Musim bunga ini sepatutnya cuaca lebih panas dibandingkan dengan winter. Tetapi di Wellington ini cuaca agak kurang menentu. Kadang-kadang panas, dan kadang-kala sangat sejuk pula. Yang pastinya lebih seronok jika hari panas, sebab Najmi, Ain dan Imran boleh main di luar rumah. Hujung minggu baru ini, kami bawa mereka berehat di Petone. Inilah tempat yang selalu kami rehat (lepak) semasa mula tiba d Wellington. Cuma pengunjung-pengunjungnya telah tua setahun.
Jom .. tangkap burung ni
Imran... happy bila burung makan roti yang dibalingnya
Hih Hih .. Angin ni tiup rambut saya
Dapat tangkap.. goreng pun sodap.. ha ha
I think i need a sunglass
Model Iklan 'Kodomo Lion' Ubat Gigi Pilihan No1 Kanak-kanak Malaysia dan Jepun
Memerhatikan burung laut merebut makanan
Melihat telatah dan kegembiraan anak-anak ini sebenarnya mengembirakan hati dan mengurangkan stress yang dihadapi oleh ibu-bapa mereka. Alangkah gembiranya mereka, tiada masalah, tak siap homework pun tak apa. Cikgu tak akan marah punya.
Comelnye.... kirim salam kat anak anak yer? Lame tak jumpe. kak deb dan abg khairul sihat?
ReplyDeleteakak n hubby pun suka bw anak2 jalan2 n lihat keindahan alam sekeliling begini. tenang melihat keindahan alam, terhibur dgn keletah anak2. cumanya di penang ni terhad sikit tempat2 begini. rutin di sini balik keje terus masuk rumah. hujung minggulah nak kena mencari tempat2 begini utk anak2.
ReplyDeleteSalam K. Alhan,
ReplyDeleteSaya setuju, hujung minggu bagus untuk bawa anak-ana berjalan.
Seronok sebenarnya melihat telatah anak-anak bila berjalan di luar rumah. Cuma Najmi & Imran lebih suka duduk di rumah, main PS2 , ha ha .. Anak-anak zaman sekarang... Mereka kadang-kadang terpaksa ikut juga..